Prestasi Khazanah di bawah Tan Sri Dato’ Azman Mokhtar

Tindakan Dato’ Sri Azmin Ali menyebut kerugian dalam syarikat seluar dalam untuk memaparkan kelemahan Khazanah pada pendapat saya kurang adil, sama seperti tidak wajar untuk menilai dana tersebut berasaskan keuntungan besar yang dicapainya dalam Alibaba.
Penilaian paling sesuai prestasi Tan Sri Dato’ Azman Mokhtar ialah peningkatan nilai aset bersih portfolio sepanjang tempoh pentadbirannya. Grafik di bawah memberikan gambaran sebenar.

 

 

Pulangan terkompaun tahunan yang beliau catatkan ialah 9.6% (Saya dah kira memang betul ). Ini prestasi yang baik. Bukan brilliant, bukan hebat, tetapi very good, memandangkan saiz dana.
Cuba kaji berapa banyak dana unit amanah yang boleh catatkan prestasi seperti itu dalam jangka masa 10 tahun atau lebih. Ada tapi tak banyak, dan nilai dana yang diuruskan mereka jauh lebih kecil.

 

Tidak dinafikan Temasek (dana kerajaan Singapura) mencatatkan prestasi 15% terkompaun tahunan dalam tempoh yang sama tetapi itu merupakan antara yang terbaik dan mereka tidak mempunyai sekatan dari segi mandat sosial.

Cuma ada kelemahan sedikit dalam prestasi 5 tahun Khazanah, di mana aset bersih dana meningkat hanya 5.87% secara tahunan, daripada 86.9 bilion pada 2012 kepada 115.6 billion pada 2017.
.

Sebagai perbandingan, KWSP berjaya memberikan dividen lebih tinggi dalam tempoh 5 tahun tersebut (daripada laman web KWSP). Mungkin sebab itu ada ura-ura nak melantik CEO KWSP ke tampuk kepimpinan Khazanah. (Update: Sudah dilantik sebentar tadi)

Walau apa pun, Khazanah bukan 1MDB. Pada pendapat saya prestasi Khazanah di bawah kepimpinan Tan Sri Dato’ Azman adalah bagus walaupun tidak ke tahap cemerlang dan kita perlu mengiktiraf pencapaian beliau,

Nota: Saya suka Dato’ Sri Azmin dan rasa beliau berpotensi jadi PM satu hari nanti. Tetapi bukan semua yang dia kata betul.

Infografik Khazanah

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *