15 Soalan Yang Patut Ditanya Sebelum Membeli Dana Unit Amanah

Unit Amanah

Sekarang ini unit amanah tidak begitu ‘hot’. Tidak banyak posting yang mempromosinya. Lebih-lebih lagi dalam keadaan pasaran semasa. Ini berbeza dengan 2 tahun lepas apabila ada beberapa dana yang sedang meletop.

Sebenarnya unit amanah paling mudah dipromosi apabila dana-dana telah mencatatkan prestasi yang hebat. Tetapi inilah masa yang mungkin kurang sesuai untuk membeli.

Manakala unit amanah akan dijauhi apabila prestasinya mula merosot dan mendatar. Tetapi ini mungkin masa paling sesuai untuk membeli.

Nilai pelaburan unit amanah memang bersifat turun naik.  Kebanyakan masanya positif dan ada kalanya negatif. Tetapi dalam jangka panjang, jika dana yang betul dipilih, anda akan menerima pulangan positif yang memuaskan.

Untuk meningkatkan potensi bagi anda meraih pulangan yang kukuh, berikut adalah 15 soalan yang patut ditanya dan dijawab sebelum membuat keputusan membeli dana unit amanah.

  1. Adakah unit amanah pelaburan paling sesuai untuk saya?
  2. Apakah jenis dana yang patut saya beli, contohnya sama ada dana ekuiti, dana bercampur, dana sukuk dll?
  3. Berapakah kos jualan dan kos lain unit amanah tersebut?
  4. Patutkah saya membeli daripada ejen unit amanah atau dalam talian?
  5. Jika saya membayar kos lebih mahal untuk membeli menerusi ejen, apakah manfaat yang saya terima?
  6. Bagaimanakah prestasi keseluruhan syarikat pengurus dana yang menawarkan dana tersebut?
  7. Bagaimanakah prestasi pulangan dana yang sedang saya pertimbangkan dalam jangka pendek hingga jangka panjang?
  8. Bagaimanakah prestasi dana berbanding KWSP dan Tabung Haji?
  9. Bagaimanakah kedudukan dana berbanding dana-dana lain dalam kategori yang sama?
  10. Bagaimana pula prestasi dana berbanding indeks penanda aras?
  11. Adakah ini masa yang paling sesuai untuk membeli unit amanah?
  12. Patutkah saya beli secara bulanan atau dalam satu jumlah besar secara sekali gus?
  13. Apakah tahap risiko dana tersebut?
  14. Apakah saiz dana tersebut dan sudah berapa lama di pasaran?
  15. Apakah penarafan yang diberikan oleh Morningstar atau Lipper?

 

——————

Dapatkan ebook 51 Petua Pelaburan Unit Amanah

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

2 Replies to “15 Soalan Yang Patut Ditanya Sebelum Membeli Dana Unit Amanah”

  1. Saya ada membeli dgn P Unit Trust. Sikit je. Guna EPF saya. Lepas 5 tahun baru break even. Bila tanya ejen, mereka kata ini biasa. First few years tak untung sebab kita membeli utk build up unit. After some time baru untung. Saya rasa mcm sebenarnya saya rugi because dlm 5 tahun tersebut, KWSP bayar dividen above 6% pun. Belum kira compounded lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *