Kesan Bajet 2019 Terhadap Kewangan Individu

Saya senaraikan kesan Bajet 2019 terhadap kewangan individu mengikut kategori yang berkenaan. Ulasan saya berikan di hujung artikel.

Cukai
1. Pelepasan Cukai Individu bagi SSPN dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000
2. Pelepasan cukai bagi KWSP dan Insurans/Takaful hayat dipisahkan, RM4,000 bagi KWSP dan RM3,000 bagi Takaful atau Insurans Hayat. Jumlahnya ditambah RM1,000
3. Pelepasan cukai bagi skim pencen penjawat awam ialah RM7,000
4. Cukai perkhidmatan diimport, termasuk khidmat digital – antara yang mungkin terkesan ialah Spotify dan Netflix
5. Levi berlepas bagi semua penumpang ke luar negara dari 1 Jun 2019, RM20 ke negara Asean dan RM40 ke negara lain
6. Duti eksais mulai 1 April pada kadar 40 sen seliter bagi minuman bergula melebihi 5 gram per 100 ml dan bagi jus buah dan sayur-sayuran lebih 12 gram per 100ml.

Hartanah
1. Kurangkan harga rumah baru sebanyak 10% yang dipersetujui Rehda bagi rumah tidak tertakluk kepada kawalan harga
2, Pelepasan Duti Setem bagi RM300,000 untuk pindah milik bagi pembeli rumah pertama berharga maksimum RM500,000 sehingga 31 Disember 2020
3. Pelepasan duti setem bagi pindah milik rumah pertama berharga RM300,001 – RM1 juta untuk tempoh 6 bulan mulai 1 Jan, 2019
4. Bagi hartanah berusia lebih 5 tahun, cukai keuntungan hartanah dinaikkan daripada 5% kepada 10% bagi syarikat, bukan warga dan bukan pemegang dan naik daripada 0% kepada 5% bagi warga negara dan pemegang PR.
5. Duti setem bagi pindah milik hartanah bernilai lebih RM1 juta akan dinaikkan 1% daripada 3% kepada 4%

Harga Minyak
1. Subsidi minyak bersasar kepada sebuah kereta dengan enjin 1500cc dan ke bawah atau motosikal enjin 125cc dan ke bawah.
2. Subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.
3. Harga akan diapungkan selepas pelaksanaan subsidi

Pengangkutan Awam
1. Pas Bulanan RM100 untuk perjalanan tidak terhad rel dan bas Rapid dan pas bulanan RM50 untuk bas Rapid.
2. Membekukan kenaikan bayaran tol di semua lebuh raya dalam bandar.
3. Mansuhkan tol motosikal di Jabatan Pertama dan Kedua di Pulai Pinang dan Laluan Kedua Johor.

PTPTN
1. Bayaran balik PTPTN antara 2% hingga 15% gaji bagi peminjam dengan pendapatan lebih RM1,000 sebulan.
2. Potongan pinjaman kepada pelajar isi rumah B40 yang mendapat kelas pertama
3. Hapus kira hutang peminjam 60 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM4,000 sebulan.

Golongan Berpendapatan Rendah B40
1. Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada B40
– Pendapatan RM2,000 dan ke bawah – Bantuan RM1000
– Pendapatan RM2,001 hingga RM3,000 – Bantuan RM750
– Pendapatan RM3,001 hingga RM4,000 – Bantuan RM500
– Bantuan tambahan BSH RM120 untuk anak berumur bawah 18 terhad kepada 4, kecuali OKU yang tiada had umur
2. Dana ditubuhkan bagi mereka yang bergaji RM2,300 sebulan untuk membeli rumah mampu milik berharga RM150,000 dan ke bawah pada kadar faedah serendah 3.5%
3. Potongan bil elektrik bulanan untuk golongan miskin yang berdaftar dengan e-Kasih RM40 sebulan.

Penjawat Awam
1. Bantuan sekali sebanyak RM500 kepada pesara dengan pencen kurang RM1,000
2. Bayaran khas RM500 untuk gred 54 dan ke bawah.
3. Bayaran khas RM250 kepada semua pesara Kerajaan

Insentif Pekerja
1. Gaji minimum RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019
2. Skim Insurans Pekerjaan (SIP) mulai Januari bagi mereka yang kehilangan kerja

Kesihatan
1. Dana Perlindungan Kesihatan Nasional B40 dengan usaha sama syarikat swasta
2. Perlindungan percuma bagi 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital pada RM50 sehari atau RM700 setahun
3. Program saringan percuma menerusi mamogram, pemvaksinan HPV dan PaP Semar di hospital dan klinik kerajaan diteruskan.

Suri Rumah
1. Geran padanan RM40 setiap bulan bagi insentif kepada suami penyayang yang mencarum untuk isteris

Komunikasi
Menurunkan harga jalur lebar menerusi MSAP sebanyak 25% menjelang hujung 2018

KWSP
Caruman mandatori untuk rakyat Malaysia 60 dan ke atas dikurangkan daripada 6% kepada 4%

Defisit Fiskal
1. Defisit fiskal pada 2018 dijangka cecah 3.7%.
2. Unjuran defisit pada 2019 – 3.4%, 2020 – 3.0% dan 2021 – 2.8%.

Bagi saya bajet adalah positif secara keseluruhannya. 3 perkara yang dibimbangi, iaitu langkah austerity (penghematan), cukai harta pusaka dan cukai keuntungan modal, tidak dilaksanakan. Manakala insentif untuk kumpulan B40 diteruskan.

Ini bukan masa untuk austerity dan pihak kerajaan telah mendengar, walaupun terpaksa menampung defisit yang lebih besar sedikit.

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *