Bagaimana Ekonomi Berasaskan Kredit Berfungsi Menurut Ray Dalio

Berikut adalah video daripada pelabur terkenal Ray Dalio mengenai bagaimana sebuah ekonomi berasaskan kredit berfungsi. Saya ringkaskan kandungan video dalam Bahasa Malaysia di bawah supaya pembaca boleh mendapatkan kefahaman lanjut tentang mesej yang ingin disampaikan.

Faktor utama yang mempengaruhi ekonomi

  1. Pertumbuhan produktiviti
  2. Kitaran hutang jangka pendek
  3. Kitara hutang jangka panjang

Komponen utama ekonomi ialah transaksi – iaitu urus niaga antara pembeli dan penjual

Perbelanjaan Tunai + Perbelanjaan Kredit = Jumlah Perbelanjaan

Jumlah perbelanjaan adalah faktor yang menggerakkan ekonomi, Seluruh ekonomi pada asasnya dipacu oleh transaksi

Pasaran ialah tempat di mana semua pembeli dan penjual  melaksanakan transaksi bagi barangan yang serupa. Terdapat pelbagai pasaran seperti pasaran saham, pasaran minyak sawit, pasaran gandum dan sebagainya

Ekonomi pula mewakili semua transaksi dalam semua pasaran.

Dalam sesebuah kerajaan, pembeli dan penjual terbesar ialah Kerajaan yang terdiri daripada

  1. Kerajaan Pusat yang mengutip cukai dan berbelanja.
  2. Bank Pusat yang mengawal jumlah wang dan kredit dalam ekonomi dengan menetapkan kadar faedah dan menectak wang baru

Kredit ialah komponen paling penting dan tidak stabil dalam ekonomi

Pemiutang (pemberi pinjaman) mahu menjana wang daripada wang mereka yang sedia ada

Penghutang pula mahu membeli sesuatu yang tak mampu mereka beli seperti rumah atau kereta atau memulakan perniagaan baru

Apabila kadar faedah tinggi, tidak banyak pihak yang meminjam kerana kos pinjaman mahal

Apabila kadar faedah rendah, pinjaman bertambah kerana kos pinjaman lebih murah

Apabila penghutang berjanji untuk membayar balik pinjaman, dan pemberi pinjaman mempercayai mereka, kredit  dicipta.

Serta merta selepas penciptaan kredit, ia bertukar menjadi hutang

Hutang ialah aset kepada pemberi pinjaman, dan liabiliti kepada penghutang

Kredit penting kerana apabila penghutang menerima kredit, beliau boleh meningkatkan perbelanjaan

Perbelanjaan memacu ekonomi kerana setiap perbelanjaan menghasilkan pendapatan untuk orang lain.

Apabila anda berbelanja lebih, orang lain pula akan meningkatkan pendapatan mereka

Apabila pendapatan seseorang meningkat, pemberi pinjaman lebih yakin untuk memberikan pinjaman kepadanya kerana dianggap mempunyai kelayakan kredit yang kukuh.

Pendapatan lebih tinggi menggalakkan pinjaman lebih besar dan mendorong perbelanjaan lebih besar.

Corak yang berulang ini menghasilkan pertumbuhan ekonomi, dan merupakan sebab mengapa kita mempunyai kitaran ekonomi

Produktiviti ialah keupayaan kita menghasilkan sesuatu.

Kita perlu hasilkan sesuatu untuk menjana pendapatan. Dalam jangka panjang kita belajar dan menambah baik prestasi dan ini dinamakan pertumbuhan produktviti.

Produktviti paling penting untuk mengembangkan ekonomi dalam jangka panjang, tetapi dalam jangka pendek kredit lebih penting.

Dalam ekonomi tanpa kredit, satu-satunya cara untuk meningkatkan perbelanjaan ialah untuk meningkatkan pendapatan yang memerlukan seseorang menambah produktiviti dan kerja.

Pertumbuhan produktviti bergaris lurus, bukan bersifat kitaran. Tetapi oleh kerana kita turut membuat pinjaman atau mendapatkan kredit, berlaku kitaran ekonomi

Pinjaman ialah satu cara mendahulukan perbelanjaan walaupun kita tiada wang untuknya

Ini bermakna anda berbelanja lebih daripada pendapatan anda.

Tetapi anda akan mencipta satu waktu pada masa depan di mana anda perlu berbelanja kurang daripada pendapatan kerana terpaksa membayar balik hutang.

Di AS pada 2013, jumlah kredit ialah $50 trilion sedangkan jumlah wang hanyalah $3 trilion

Ekonomi dengan kredit mempunyai perbelanjaan lebih tinggi dan membolehkan pendapatan berkembang lebih tinggi daripada produktiviti dalam jangka pendek tetapi bukan dalam jangka panjang

Kredit tidak semestinya jahat, tetapi menjadi negatif apabila membiayai perbelanjaan berlebihan

Kredit baik bila sumber diperuntukkan dengan sewajarnya dan menghasilkan pendapatan.

Kredit mencipta kitaran dan dalam sesuatu kitaran apa yang naik akhirnya akan turun.

Apabila kredit mudah didapati, akan berlaku pertumbuhan. Apabila kredit sukar didapati, berlaku kemelesetan

Kitaran hutang jangka pendek (yang dipengaruhi bank pusat) biasanya mengambil masa antara 5 – 8 tahun.

Tetapi kitaran jangka pendek akan terkumpul dan mencetus kitaran hutang jangka panjang di mana hutang kian bertambah kerana memang lumrah manusia untuk berbelanja lebih daripada pendapatan masing-masing.

Selagi pendapatan terus meningkat, beban hutang masih boleh ditampung. Nilai aset juga melonjak. Orang ramai meminjam untuk membeli aset sebagai pelaburan, menyebabkan harga aset naik lagi.

Tetapi ini tidak boleh kekal selama-lamanya. Selama berdekad-dekad, beban hutang akan bertambah menimbulkan bayaran balik hutang yang semakin besar

Akhirnya bayaran balik hutang bertambah lebih besar daripada pendapatan, menyebabkan orang ramai mengurangkan perbelanjaan, dan seterusnya menjejaskan pendapatan dan juga kelayakan kredit.

Ekonomi akan memasuki fasa deleveraging atau pengurangan hutang. Memandangkan bayaran pinjaman lebih tinggi daripada pendapatan, kelayakan kredit individu juga berkurangan menyebabkan pinjaman juga merosot.

Semakin ramai orang mahu menjual aset untuk membayar hutang menyebabkan pengurangan harga aset. Langkah mengurangkan kadar faedah mungkin tidak berkesan lagi.

Ada empat cara untuk mengatasinya iaitu 1. mengurangkan perbelanjaan (austerity), 2. mengurangkan hutang menerusi penyusunan semula, 3, cukai (lazimnya atas orang kaya) dan 4. mencetak wang baru.

Langkah 1, 2 dan 3 berpotensi menimbulkan banyak masalah kepada perniagaan dan individu.

Langkah 4 bersifat inflasi dan memberikan rangsangan kepada ekonomi dengan membeli aset kewangan dan bon. Ini akan meningkatkan nilai aset, tetapi hanya membantu mereka yang memiliki aset kewangan.

Untuk merangsang ekonomi Bank Pusat memberi pinjaman kepada Kerajaan Pusat, yang membolehkan perbelanjaan ditambah, menimbulkan defisit lebih tinggi kepada kerajaan tetapi mengurangkan hutang keseluruhan dalam ekonomi.

Rangsangan perlu dilakukan dengan seimbang dan berhati-hati untuk memastikan ekonomi pulih.

Matlamatnya ialah mencapai kadar pertumbuhan pendapatan lebih tinggi daripada kadar faedah atas hutang terkumpul, tetapi tanpa mencetak terlalu banyak wang sehingga menimbulkan inflasi yang terlalu tinggi.

Jika dilakukan dengan betul, ekonomi akan kembali berkembang semula untuk memulakan kitaran jangka panjang baru.

Nasihat dan kesimpulan daripada Ray Dalio

  1. Jangan tambah hutang lebih tinggi daripada pendapatan, kerana hutang akan memusnahkan anda.
  2. Pastikan pendapatan anda lebih tinggi daripada produktiviti, kerana anda akan mengurangkna daya kompetitif.
  3. Berusaha sebaik mungkin untuk meningkatkan produktiviti

 

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *