Jangan Terkeliru Dengan Pulangan Dividen Tinggi

Dalam artikel bertajuk ‘Do not let high yield confuse you’ – The Edge Financial Daily, pelabur disarankan berhati-hati apabila memilih saham berasaskan pulangan dividen tinggi. Dalam keadaan pasaran semasa, banyak saham yang jatuh menyebabkan dividen yield atau pulangan dividen meningkat.
 
Dividen/Harga Saham = Pulangan Dividen (Dividen Yield)
 
Jadi bila harga jatuh, pulangannya meningkat.
 
Tetapi kemungkinan besar saham jatuh disebabkan unjuran pendapatan yang lebih rendah dalam tempoh setahun dua akan datang. Sedangkan dalam skrin platform atau aplikasi saham anda, dividen yield adalah berasaskan pembayaran dividen masa lepas.
 
Satu contoh yang baik ialah Telekom. Dalam skrin saham Maybank, dividen yield ialah hampir 10%. Kalau betul, nilai ini sangat lumayan. Tetapi angka tersebut berasaskan dividen pada masa lalu yang dibayar kerana untung lebih tinggi pada masa lepas.
 
Soalan yang perlu ditanya ialah adakah kadar dividen ini boleh dikekalkan untuk tempoh yang akan datang? Jika tidak berapakah dividen yang diunjurkan berasaskan untung lebih rendah yang dicatatkan?
 
Ini akan memberikan gambaran yang lebih baik tentang dividen yang bakal diterima.

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *