Antara Rugi Skim Bitcoin dan Rugi Pelaburan Bitcoin

Dua hari lepas, akhbar-akhbar Bahasa Melayu menyiarkan berita mengenai tindakan beberapa pelabur yang membuat laporan polis mengenai kerugian berjuta-juta dalam Skim Pelaburan Bitcoin dua tahun lalu.

Skim Bitcoin ini perlu dibezakan dengan pembelian/pelaburan Bitcoin.

Kerugian daripada skim Bitcoin ini ialah kerugian menyeluruh atau hampir menyeluruh akibat penipuan. Sedangkan jika anda beli Bitcoin, kerugian yang anda alami ialah kerugian pelaburan akibat kejatuhan harganya. Walaupun rugi pelaburan anda masih ada nilainya.

Kita tak boleh letakkan kedua-duanya dalam kategori yang sama.  Skim penipuan sentiasa wujud, dan mengambil kesempatan daripada pelaburan hangat.  Kalau tak silap dulu ada pelbagai skim emas dan kelapa sawit apabila kedua-duanya tengah hangat. Kini skim emas dan minyak sawit sudah lebur.

Jika anda melabur sama ada saham, komoditi, logam berharga atau mata wang kripto, memang ada potensi untuk rugi. Tetapi kerugian keseluruhan modal anda amat jarang berlaku.

Bagaimanapan, jika anda melabur dalam skim saham, komoditi. logam berharga atau mata wang kripto yang menjanjikan pulangan tertentu setiap bulan , saya jamin wang anda akan lesap.

Tak perlu melabur menerusi skim. Semua pelaburan boleh dibuat sendiri secara langsung. Malah sedarlah bahawa semua pelaburan ini berpotensi menimbulkan kerugian. Tidak seperti skim pelaburan yang menjanjikan anda untung semata-mata.

Berwaspadalah. Saya ulangi, tiada pelaburan yang boleh menjanjikan keuntungan tetap. Berapa lama kita perlu ditipu dan terus ditipu?

Baca laporan akhbar tersebut di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/499930/30-dakwa-jadi-mangsa-penipuan-mata-wang-digital

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

One Reply to “Antara Rugi Skim Bitcoin dan Rugi Pelaburan Bitcoin”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *