Prestasi Dana Unit Amanah Patuh Syariah Pada 2018

Hampir semua dana ekuti dan dana bercampur mencatatkan prestasi negatif pada tahun 2018.  Ini tidak menghairankan kerana FBM KLCI pun mencatatkan penurunan 5.9%.  Kesannya ialah prestasi lima tahun turut terjejas.  Maksudnya ialah jika anda melabur di sekitar tahun 2014 dan selanjutnya, pulangan anda tidaklah seberapa atau negatif. Tetapi prestasi 10 tahun bagi dana-dana yang kukuh tetap positif dan memuaskan.

Jika dilihat dalam kategori dana patuh syariah bermodal kecil/sederhana, bermodal besar dan dana bercampur, jauh lebih banyak dana yang mencatatkan pulangan lebih teruk daripada FBM KLCI. Malah ada dana-dana yang dulunya hebat menjunam hampir 30%.

Sekiranya anda boleh mengembara merentasi masa untuk kembali ke awal 2018, dana apakah yang akan memberikan anda keuntungan pada akhir tahun 2018?  Ada satu kategori dana yang untung, iaitu dana sukuk atau bon Islam yang rata-rata memberikan pulangan 4 – 6% untuk 2018 dan dalam jangka panjang turut memberikan pulangan terkompaun tahunan lebih kurang sama.

Adakah ini bermakna sudah tiba masanya untuk bertukar kepada dana bon? Tiada siapa yang boleh meramalkan masa depan dengan tepat, tetapi mungkin masa untuk bertukar sudah berlalu. Keadaan pelaburan sentiasa berkitar dan berubah.

Masa paling baik untuk bertukar kepada dana bon ialah antara 2014 – 2018, bergantung kepada keadaan.  Terdapat kemungkinan jika anda bertukar kategori sekarang, dalam tempoh 5 tahun akan datang, ekuiti pula kembali menyengat.

Apabila anda mengkaji pulangan 10 tahun, iaitu jangka masa yang lebih panjang, umumnya ekuiti akan mengatasi bon/sukuk, terutamanya apabila keadaan pasaran kembali pulih. Jadi berhati-hati dalam keputusan pelaburan anda dan jangan mengambil tindakan reaktif.

Di bawah saya paparkan jadual prestasi dana-dana unit amanah bermodal besar, bermodal kecil/ sederhana, bercampur, bon/sukuk dan China yang disusun untuk tempoh 1 tahun*, 5 tahun dan 10 tahun.

Sumber: Morningstar Malaysia

*(Year to Date pada akhir tahun ialah lebih kurang sama dengan 1 tahun)

Nota: Kategori Asia Pasifik Tidak Dimasukkan. Prestasinya lebih kurang sama juga.

 

Dana Syariah Bermodal Besar 1 Tahun*

*abaikan dua dana pertama

Dana Syariah Bermodal Besar 5 Tahun*

*saya agak musykil dengan dana di tempat pertama, mungkin ada kesilapan di situ

Dana Syariah Bermodal Besar 10 Tahun

 

Dana Syariah Bermodal Kecil/Sederhana 1 Tahun

 

Dana Syariah Bermodal Kecil/Sederhana 5 Tahun

 

Dana Syariah Bermodal Kecil/Sederhana 10 Tahun

 

Dana Bercampur Patuh Syariah 1 Tahun*

*Dana di tempat pertama tersalah kategori dan abaikan dana kedua

Dana Bercampur Patuh Syariah 5 Tahun

Dana Bercampur Patuh Syariah 10 Tahun

 

Dana Bon Islam/Sukuk 1 Tahun

 

Dana Bon Islam/Sukuk 5 Tahun

 

Dana Bon Islam/Sukuk 10 Tahun

 

Dana China (Patuh Syariah Berwarna Kuning)

 

Ebook Razali Razman:

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *