Apabila Trader Bertukar Menjadi Investor Secara Terpaksa

Anda tak berminat melabur saham untuk jangka panjang. Anda menganggap diri anda seorang trader yang bergerak pantas menyambar peluang. Banyak yang telah anda pelajari tentang jual beli saham. Analisis teknikal sudah anda kuasai. Semua ilmu sudah berjaya diamalkan kecuali satu, perlindungan modal.

Apabila seorang trader wannabe melihat sahamnya jatuh, sepatutnya dia sudah menetapkan paras stop loss yang wajib dilaksanakan untuk melindungi modalnya. Ini adalah perkara paling asas dalam pengurusan modal pelaburan seorang trader.

(Stop loss bermakna menjual saham secara terancang apabila harganya jatuh ke paras tertentu. Strategi ini berbeza daripada pelabur seperti saya yang melabur semata-mata berasaskan fundamentals. Keputusan untuk memegang atau menjual dibuat berasaskan prestasi syarikat.)

Tetapi kerana sukar menerima hakikat bahawa dia sudah rugi, sang trader membuat keputusan terus memegang saham, sekurang-kurangnya sehingga pulang modal. Tetapi pemulihan tidak berlaku dalam tempoh terdekat, sebaliknya saham yang dipegang terus jatuh merudum.

Jadi dalam keadaan tersebut, berlakulah perubahan (secara terpaksa). Beliau bertukar pula menjadi pelabur. Bukan sebarang pelabur tetapi pelabur jangka panjang! Jangka panjang sehingga sahamnya kembali pulang modal.

Tetapi bagi saham tertentu di mana fundamental business sudah terjejas, pulang modal mungkin memakan masa beberapa tahun. Malah ada sesetengah syarikat tidak akan kembali ke zaman kegemilangannya.

Jika anda seorang trader, pada tahap manakah anda patut menetapkan stop-loss? Ini terpulang sepenuhnya kepada anda bergantung kepada teknik dagangan anda. Lazimnya paras yang ditetapkan ialah antara 3% – 10%.

Tetapi perkara yang paling penting bukanlah peratus tetapi disiplin dan ketabahan untuk menjual dan menerima kerugian. Inilah yang paling sukar untuk dilaksanakan.

Apa yang berlaku ialah apabila saham telah rugi, trader wannabe ini mula patah semangat dan saham tersebut akan terperap dalam akaunnya. Dia pula akan berpindah kepada aset pelaburan lain.

Berikut adalah tiga daripada banyak saham di mana stop loss boleh membantu pelabur mengelakkan kerugian lebih besar. Sumber Bursa Malaysia.

Sino Hua Ann

Inari Amertron

MYEG

*Untuk MYEG, anda mungkin tidak dapat melaksanakan stop loss pada peratus yang anda kehendaki kerana kejatuhan berlaku terlalu mendadak. Tetapi kepantasan bertindak mungkin boleh mengelakkan kerugian lebih besar.

Nota: Bagi fundamental investor seperti saya, keputusan untuk menjual dan menerima kerugian bergantung semata-mata kepada analisis prestasi syarikat. Tetapi secara peribadi saya rasa tiada masalah jika seorang pelabur fundamental menggunakan stop-loss. Apabila mengkaji semula urus niaga saham peribadi, saya dapati langkah menetapkan stop-loss juga boleh mengehadkan kerugian dalam beberapa pelaburan saham saya yang rugi.

___________

Ebook Razali Razman:

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *