Dana Rumah Mampu Milik BNM: Apakah Syarat-Syaratnya?

Semalam BNM telah mengumumkan dana bernilai RM1 billion yang akan diagihkan selama dua tahun atau sehingga habis dana untuk membantu golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,300 sebulan untuk memiliki rumah pertama.

Bagaimana bantuan diberikan? Berasaskan laporan, dengan mengehadkan kadar faedah/untung yang dikenakan oleh Bank kepada maksimum 3.5% setahun, lantas mengurangkan ansuran yang perlu dibayar.

Pengurangan ansuran ini berpotensi melayakkan lebih ramai orang mendapatkan pembiayaan bank dan membeli rumah. Mungkin dana digunakan untuk menampung perbezaan antara kadar sebenar dan kadar lebih rendah yang diberikan.

Tetapi salah satu daripada syaratnya ialah ia mestilah rumah baru daripada pemaju dan bukannya atas tangan orang lain. Jadi jelas bahawa langkah ini turut dirangka untuk membantu pemaju.

Memanglah lebih menarik dan bermanfaat jika pembiayaan dibuka kepada semua rumah tetapi ada bantuan lebih baik dari tiada bantuan.

Berikut adalah senarai lengkap syarat-syaratnya (berasaskan beberapa laporan akhbar):

  • Pendapatan isi rumah RM2,300 dan ke bawah
  • Pembelian rumah pertama daripada pemaju sahaja
  • Tiada rekod kegagalan membayar pembiayaan dalam tempoh 12 bulan lepas
  • Tempoh pinjaman sehingga 40 tahun atau sehingga pemohon berusia 70 tahun yang mana lebih awal
  • Harga hartanah maksimum RM150,000
  • Peserta perlu menyertai program pendidikan kewangan mandarori Rumahku di bawah AKPK
  • Peminjam tidak boleh menjual rumah dalam tempoh lima tahun pertama dari tarikh penyerahan nilai pembiayaan terakhir. Jika tidak denda 2% atas pembiayaan belum jelas dikenakan.
  • Di bawah program ini, pembiayaan untuk wang muka juga boleh dipertimbangkan, iaitu bermakna pembiayaan 100% diberikan tertakluk kepada penilaian.

Antara insentif lain yang diberikan ialah tiada yuran pemprosesan pembiayaan dan pengecualian duti setem atas perjanjian jual beli.

Mungkin ramai yang berkata mana ada rumah di bawah RM150,000. Sebenarnya masih ada. Di Selangor pun ada dan di neger-negeri lain memang ada. Mungkin kita terlalu bertumpu kepada Kuala Lumpur sahaja.

Ini memang bukan penyelesaian sempurna kerana syarat-syarat bukan longgar dan pilihan terhad kepada rumah baru.  Walaupun dilihat turut membantu pemaju tetapi mungkin pada pendapat kerajaan langkah ini akan turut sama merangsang industri selain membantu golongan berpendapatan rendah.

__________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

 

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *