Penularan Kanser: Lebih Takaful Bukan Penyelesaian

Dua hari lepas muka depan akhbar The Star melaporkan 1 daripada 9 wanita dan 1 daripada 10 lelaki di Malaysia mengalami satu bentuk kanser. Selain daripada mengancam nyawa, kanser juga menjejaskan kewangan, kerana kos rawatan dan juga kemungkinan besar penghidap hilang punca pendapatan.

Pengalaman menjaga dan menguruskan kewangan ahli keluarga yang menghidap kanser dan juga melihat beberapa orang kawan pergi selepas diserang penyakit ini menekankan betapa penyakit ini menimbulkan pelbagai beban dari segenap aspek kehidupan.

Dari segi perancangan, ramai akan menggunakan perlindungan takaful sebagai jalan penyelesaian, sama ada perlindungan perubatan, penyakit kritikal atau gantian pendapatan.  Memang perlu jika anda mampu. Tetapi lebih tinggi perlindungan. yang diambil, lebih tinggi kos kos untuk mendapatkan perlindungan tersebut.

Malah dalam artikel juga menyatakan masalah untuk mengakses perlindungan dan juga bukan semua ujian ditampung dalam takaful yang diambil.

Banyak perkara yang disentuh dalam laporan, contohnya kurang pakar onkologi, kos yang tinggi, akses kepada insurans dan cara membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan bantuan. Tapi perkara paling penting dalam usaha mengelakkan bebanan ini dan menyelesaikan masalah  terbenam hampir di hujung artikel.

Menurut penulis, 30 Р50% daripada kes boleh dicegah dengan perubahan gaya hidup.  Ya, bukan 10% atau 20% tetapi hampir separuh daripada kes boleh dicegah.

Apa perubahan gaya hidup yang boleh dilakukan tidak disentuh, tetapi berasaskan pelbagai bacaan dan pemerhatian sendiri dan begitu obvious dan no brainer kerana hampir semua orang pun tahu pun tahu cuma sukar diamalkan:

  • Bersenam
  • Tidak merokok/alkohol/salah guna bahan
  • Makan secara seimbang dan sederhana
  • Cukup tidur dan tidak terlalu stres kerja

Membeli perlindungan yang secukupnya melibatkan komitmen kewangan (yang perlu dilakukan jika mampu). Tetapi perubahan gaya hidup di atas bukan sahaja menyihatkan tetapi berpotensi menjimatkan kos (bukankah mengurangkan makan menjimatkan kos?)

Perlindungan takaful amat penting, kerana ada kanser atau penyakit berbahaya yang memang tak boleh atau sukar dicegah. Tetapi semua orang boleh berusaha mengurangkan kebarangkalian penyakit dengan kos rendah atau tanpa sebarang kos. Berapakah kos untuk bermula berjalan kaki di sekeliling taman anda?

Hampir sifar. Malah langkah awal ini bukan sahaja mungkin mencegah kanser tetapi pelbagai masalah gaya hidup lain. Perancangan kewangan bermula dengan perancangan kesihatan.

Nota: Perubahan gaya hidup kini diperakui penting sehingga ada syarikat insurans/takaful kini menawarkan pelbagai manfaat kepada pelanggan mereka yang bersenam, seperti program AIA Vitality dan saya rasa syarikat lain kini mula menawarkan program yang sama.

_________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *