Cabaran Pemegang Saham Utama Baru Untuk Selamatkan Utusan

Utusan MalaysiaHarga saham Utusan telah melonjak kira-kira 140% dengan berita bahawa Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir telah membeli kepentingan 31.61% dalam Utusan hujung minggu lepas.  Harga naik daripada 11.5 sen kepada  26 sen tengah hari tadi. Tetapi cabaran besar dihadapi untuk memulihkannya.

Utusan Malaysia ialah institusi penting dalam sejarah negara. Akhbar yang dilancarkan pada 1939 ini bakal menyambut ulang tahun ke-80 pada bulan Mei, tetapi pada masa yang sama menghadapi fight for survival dan perlu diselamatkan.

Utusan sudah mengalami kerugian sejak beberapa tahun lepas. Kemelut yang dihadapi bukan kerana pertukaran Kerajaan. Oleh kerana dimiliki UMNO dan menjadi lidah kerajaan, akhbar ini masih boleh survive selama ini. Tetapi tanpa sebarang perlindungan sekarang, kesinambungan dan daya maju perniagaan tergugat.

Mak saya pernah bekerja di Utusan satu masa dulu dan sehingga hari ini saya masih melanggan akhbar ini, walaupun tidak menerima bulat-bulat berita politik yang memang berat sebelah. Kami juga suka baca baca bahagian lain. Lagipun ia berguna untuk dijadikan bahan bacaan Bahasa Melayu untuk keluarga.

Tapi budak-budak sekarang mungkin langsung tak kenal institusi yang turut memainkan peranan dalam kemerdekaan negara ini.

Pada Ogos 2018, Utusan telah dimasukkan dalam senarai PN17, iaitu status syarikat bermasalah, kerana gagal membayar hutang kepada Bank Muamalat dan Maybank Islamic. Akibatnya, syarikat perlu mengemukakan rancangan penyusunan semula kepada pihak berkuasa kawal selia.

Hujung minggu lepas, penguasaan UMNO terhadap Utusan telah terlerai dan pemegang ekuiti terbesar kini ialah Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir, yang memegang kepentingan 31.6%.

Walaupun harga saham ada lonjakan, 8 cabaran besar dihadapi untuk memulihkan Utusan:

  1. Trend jualan akhbar fizikal berkurangan, disebabkan orang ramai kini lebih suka membaca secara online
  2. Strategi digital yang belum berkesan lagi, berbanding Media Prima yang sudah mula berputik.
  3. Pengiklan mahu iklan secara online, yang boleh diukur keberkesanannya. Iklan media cetak kian berkurangan.
  4. Aset semasa jauh lebih rendah daripada liabiliti semasa. Bermaksud modal kerjanya negatif.
  5. Nilai aset bersih semakin menyusut kerana kerugian terkumpul yang besar
  6. Tidak dapat membayar hutang dan memerlukan penyusunan semula.
  7. Sudah memberhentikan dan mungkin perlu memberhentikan lebih ramai pekerja.
  8. Tiada lagi bantuan Kerajaan

Satu faktor yang mungkin berpotensi menyelamatkannya ialah ia mempunyai aset fizikal yang boleh dilupuskan untuk membayar hutang.  Selain itu, berita-berita dalam akhbar juga kini lebih bersifat berkecuali.

Tetapi berasaskan kerugian semasa, pada pendapat saya Utusan perlu melakukan sesuatu untuk sekurang-kurangnya pulang modal dan menampung pendarahan dalam tempoh setahun akan datang. Jika tidak syarikat berpotensi dikeluarkan daripada senarai Bursa atau muflis.

Mungkin Utusan perlukan strategi digital yang berkesan. Kebangkitan BN baru-baru ini nampaknya didorong oleh strategi pemimpin dan ahli politif untuk terus berhubung dengan rakyat menerusi media sosial. Mereka tidak perlukah media perantara lagi.  Naratif tidak lagi diterajui atau dipengaruhi oleh akhbar.

Utusan perlu merangka ‘space’ mereka sendiri dalam dunia online. Jika tidak institusi bersejarah ini mungkin menjadi bahan sejarah semata-mata.

________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *