Ekonomi Malaysia Berkembang 4.7% Pada Suku 4 2018

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan prestasi ekonomi Malaysia yang agak positif pada Suku 4, 2019 walaupun menghadapi suasana ekonomi global yang mencabar.

KDNK Malaysia berkembang 4.7% pada Suku 4 2018, lebih tinggi daripada unjuran purata 4.5% oleh para penganalisis tetapi lebih rendah daripada pertumbuhan 5.9% tahun lepas.

Dari segi suku tahunan atau quarter on quarter (suku tahun semasa berbanding sebelumnya) pertumbuhan 1.4% dicatatkan.

Pertumbuhan KDNK - Bank Negara

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Pada masa depan, pertumbuhan dijangka ‘steady’ dengan tahap inflasi yang rendah.

Malaysia juga mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak RM10.8 bilion pada S4 dan juga RM33.5 billion untuk seluruh tahun. Angka ini agak kukuh.

Inflasi pada S4 pula berada pada tahap hanya 0.3%, kerana pemansuhan GST.

Sektor yang mencatatkan prestasi paling kukuh ialah sektor perkhidmatan dan pembuatan manakala sektor yang mencatatkan kemelesetan ialah sektor pertanian.

Pertumbuhan KDNKSumber: The Star

Apakah maksudnya bagi ekonomi Malaysia? Prestasi ini menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi sederhana dicapai, dan dijangka berterusan pada tahap ini dalam tempoh setahun dua.

Memandangkan keadaan ekonomi global semasa yang dihadapi, keputusan yang ditunjukkan agak mantap. Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata kedudukan makroekonomi Malaysia tetap kukuh.

Berasaskan data ini, risiko kemelesetan agak rendah melainkan berlaku kejutan ekonomi global yang negatif.

Pada pendapat saya prestasi ekonomi Malaysia adalah memuaskan memandangkan situasi global dan diharapkan dapat bertahan untuk tempoh satu dua tahun depan sebelum perkembangan kukuh kembali berlaku selepas semua isu hutang diselesaikan.

Sementara itu dalam kenyataan lain, tahap hutang negara telah dikurangkan ke tahap 64.7% daripada KDNK berbanding 65.3% daripada KDNK pada suku tahun sebelumnya.

Dalam pada itu rizab antarabangsa pula berada pada paras USD102.1 billion cukup untuk membiayai import selama 7.4 bulan.

Akhir sekali, pelaburan langsung asing Malaysia juga meningkat pada S4 2018, dengan aliran masuk bersih RM12.9 bilio berbanding RM4.3 pada S3 2018.  Ini juga satu lagi perkembangan yang agak positif.

Untuk siaran akhbar penuh BNM sila klik sini. Maklumat dikumpulkan daripada pelbagai sumber.

__________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

 

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *