Bon Samurai Kadar Rendah Kurangkan Beban Pembiayaan Malaysia

Bon SamuraiMalaysia bakal menerbitkan Bon Samurai dalam Yen Jepun pada bulan Mac untuk mengurangkan beban kadar pembiayaan yang dihadapi oleh negara.  Bon ini dijangka diterbitkan pada kadar indikatif 0.65%, yang jauh lebih rendah daripada hutang 1MDB pada kadar 5.99%. Bon dijamin oleh Japan Bank of International Corporation (JBIC).

Gambar: Ekbis Sindonews

Apakah Bon Samurai?

Bon Samurai ialah bon dalam mata wang Yen yang diterbitkan di Tokyo oleh syarikat atau Kerajaan di luar Jepun dan perlu mematuhi peraturan kawal selia Jepun.  Bon ini membolehkan pengeluar mendapatkan dana daripada pasaran modal Jepun.

Berapakah jumlah yang diterbitkan?

200 billion Yen atau lebih kurang RM7.4 billion.

Apakah kelebihannya?

  1. Kelebihan utama ialah kadar pembiayaan rendah yang boleh digunakan untuk membiayai semula hutang pada kadar yang lebih tinggi.
  2. Dijamin oleh Japan Bank of International Corporation (JBIC).

Apakah potensi risiko atau kelemahan?

  1. Risiko kadar tukaran jika nilai Ringgit Malaysia turun.
  2. Kemungkinan ada quid pro quo, iaitu ‘terhutang budi’ dengan Jepun, lantas memberikan peluang perniagaan kepada firmanya.

Bolehkah risiko ditampung?

Boleh menerusi hedging atau lindung nilai.  Langkah ini sudah tentu ada kosnya, tetapi memandangkan penjimatan besar dalam kadar pembiayaan, mungkin kos lindung nilai boleh ditampung dengan selesa. Bagaimanapun terdapat laporan yang mengatakan RInggit adalah 5 – 10%. undervalued.

Ini berpotensi menimbulkan keuntungan mata wang pada masa depan jika Ringgit mengukuh. Jadi terpulang kepada Kerajaan untuk menangani risiko ini atau membiarkannya tanpa sebarang lindung nilai atau melidungi nilai sebahagian sahaja.

Manakala dalam isu kedua pula, Tun Dr Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘tiada sebarang syarat’ dikenakan bagi penerbitan bon tersebut, tetapi secara realitinya kerjasama tentunya akan menjadi lebih rapat dalam bidang pelaburan dan perniagaan.  Bagi saya penglibatan Jepun ok selagi ia memenuhi kepentingan terbaik Malaysia.

Menteri Kewangan baru sahaja selesai mengadakan roadshow mempromosi Bon anjuran Daiwa Markets Ltd, dengan kerjasama Affin Hwang Investment Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd and Mizuho Bank (Malaysia) Bhd, yang merupakan pengelola utama penerbitan bon.

Nota: Dalam satu artikel di NST semalam, bon tersebut dikatakan Bon Islam. Kita tunggu dan lihat sama ada betul atau tidak.

_________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

One Reply to “Bon Samurai Kadar Rendah Kurangkan Beban Pembiayaan Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *