Telekom Malaysia: Bila Prestasi Masa Lepas Kurang Berguna Untuk Menilai Saham

Telekom Malaysia (TM) baru sahaja mengumumkan keputusan kewangan bagi Suku 4 2018 dan tahun penuh 2018. Syarikat telah mencatatkan EPS (pendapatan sesaham) 1.86 sen, 75% lebih rendah daripada tahun sebelumnya, manakala EPS bagi seluruh tahun 2018 ialah 4.08 sen.

Telekom Malaysia

Satu perkara penting bagi pelabur ialah kita perlu meramalkan prestasi TM pada tahun 2019 dan selanjutnya. Itulah yang akan menentukan sama pelaburan ini untung atau tidak.  Bagi TM, keputusan tiga suku pertama dan tahun-tahun sebelumnya kemungkinan besar tidak lagi relevan dalam analisis.

Prestasi suku pertama dan kedua tidak boleh diambil kira lagi kerana persekitaran harga jalur lebar lebih tinggi pada waktu itu. Harga jalur lebar sekarang lebih rendah. Manakala pada suku ketiga terdapat caj rosot nilai sekali yang dialami atas aset rangkaian yang menyebabkan syarikat rugi.

Jadi prestasi suku ke-4 yang sepatutnya menjadi kayu pengukur dan tanda aras untuk prestasi masa depan TM.  Ini kerana pada suku ke-4, harga jalur lebar baru mula berkuatkuasa.

Tetapi  pihak pengurusan tidak menyentuh tentang keputusan S418 dalam siaran akhbarnya. Sebaliknya banyak perkara lain yang berkaitan transformasi dan keputusan tahun penuh yang disiarkan.

(Laporan akhbar The Edge mengenai keputusan TM lebih memahami maklumat yang diperlukan pelabur dan memberi tumpuan kepada suku keempat)

Jadi tiada guidance bagi pelabur.  Pihak pengurusan hanya mengunjurkan bahawa untung selepas faedah dan cukai dijangka bertambah.  Ini memang sudah diduga kerana paras tahun ini hanya 4.08 sen.

Jadi pelabur yang berminat dalam saham TM perlu membuat beberapa andaian dan ramalan sendiri untuk menentukan harga apa yang berpatutan bagi saham ini.

Di peringkat paling asas, pelabur perlu meramalkan EPS pada tahun depan (memang sukar). Katakan anda yakin dengan pihak pengurusan TM dan mengandaikan mereka boleh mencatatkan prestasi lebih baik daripada 1.86 sen yang dicatatkan pada suku ini.

Andaikan mereka boleh hasilkan purata 2.5 sen setiap suku menjadikan EPS seluruh tahun 10 sen tahun depan.

Persoalan kedua ialah adakah TM mampu mengembangkan untung ini (growth) dan berapakah kadarnya sepanjang tempoh pelaburan anda.

Seterusnya ialah berapakah harga yang sanggup anda bayar untuk mendapatkan untung 10 sen ini + kadar pertumbuhan sepanjang tempoh pelaburan anda.

Anda akan mendapati bahawa terdapat uncertainty dalam kaedah yang oversimplified ini sekalipun.  Jadi cara terbaik ialah menantikan beberapa research report diterbitkan berasaskan keputusan TM. (Pergi ke Bursa Market Place)

Berasaskan kadar ramalan untung, pertumbuhan dan harga sasaran dalam research report tersebut, dan juga ramalan anda sendiri, barulah anda tentukan berapa yang sanggup anda bayar untuk saham ini.

Nota: Banyak andaian dan ramalan yang perlu dibuat dalam pelaburan. Kadangkala penyelidikan prestasi masa lepas berguna, Dalam situasi lain seperti ini, ia tidak begitu berguna jika persekitaran operasi telah berubah. Keputusan pelaburan perlu dibuat berasaskan maklumat tidak lengkap (imperfect information) dan kebarangkalian (probability).

_________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *