Baru-baru ini, beberapa perangkaan penting mengenai ekonomi dan perniagaan Malaysia telah diumumkan. Sebahagian besarnya menunjukkan situasi perniagaan yang kurang baik, seiring perkembangan global.
Namun begitu kita perlu berhati-hati agar tidak terlalu negatif kerana perniagaan dan ekonomi bersifat kitaran. Down tidak bermakna out, kerana lantunan akan berlaku, cuma persoalannya bila.
Berikut adalah beberapa perangkaan perniagaan. pengeluaran dan pengguna terkini.
Indeks Keyakinan Perniagaan
Indeks keyakinan perniagaan pada mulanya mencanak selepas pilihan raya tetapi telah jatuh secara mendadak pada suku terakhir tahun 2018. Angka di atas 100 menunjukkan keyakinan manakala di bawah 100 menunjukkan kurang yakin terhadap suasana perniagaan.
Indeks Pekerjaan dan Sentimen Pengguna – MIER
Jelas bahawa sentimen ini mencerminkan dan bergerak seiring dengan keyakinan perniagaan. Angka di bawah 100 menunjukkan kurang yakin dan pengguna di Malaysia dijangka berbelanja dengan teliti dalam tempoh yang mendatang.
Indeks Pengurus Pembelian Syarikat Pembuatan – Nikkei
Ukuran 50 dan ke atas menandakan perkembangan manakala di bawah 50 menunjukkan penyusutan. Bacaan telah berada di bawah paras 50 untuk tempoh 5 bulan berturut-turut.
Kadar Inflasi – CPI
CPI teras mencatatkan angka negatif – menandakan deflasi pada bulan Jan 2019. Namun begitu angka ini perlu ditafsirkan dengan betul, kerana ia disebabkan sebahagian besarnya oleh penurunan harga minyak (faktor kos bukan permintaan).
Inflasi Teras – Core CPI
Inflasi teras, yang mengecualikan harga bahan makanan dan bahan api yang agak volatile, masih di paras positif tetapi tetap lemah. Walaupun harga yang stabil baik untuk pengguna, angka di atas menunjukkan ekonomi yang tidak begitu positif.
Pengeluaran Perindustrian Malaysia
Ini merupakan antara data yang positif bagi Malaysia. Bagaimanapun, perlu diimbangi oleh data bulanan di bawah yang negatif
Pengeluaran Perindustrian Malaysia – Bulanan
Apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, berlaku penguncupan dalam pengeluaran perindustrian.
Secara keseluruhannya, data menunjukkan keadaan ekonomi yang kurang baik, walaupun tiada tanda kemelesetan berlaku. Tetapi bagi pelabur, inilah masa untuk mencari peluang. Sebagai contoh, sesiapa yang panik dalam keadaan pasaran pada bulan Disember mungkin tidak membuat keputusan pelaburan yang betul dan terlepas kenaikan pada Jan dan Feb.
Tetapi keadaan ekonomi global memang tidak begitu kukuh dan peluang lain akan muncul kembali. Sikap terlalu pesimistik akan menyebabkan kita terlepas peluang yang mungkin timbul sepanjang tahun ini.
_________________________
Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:
Author: Razali Razman
Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.