Chin Well: Prestasi Kukuh, Kurang Perhatian

Bukan semua syarikat yang mendapat liputan oleh firma penganalisis utama. Pelabur juga kurang memberi perhatian kepada syarikat kecil dan sederhana sebegini. Tetapi ada segelintir daripadanya yang mencatatkan prestasi kukuh.

Salah satu daripdanya ialah Chin Well, ialah sebuah pengeluar produk fastener (nat & bolt, skru dan sebagainya) dan dawai, produk biasa-biasa sahaja. Syarikat ini telah mencatatkan prestasi yang mantap pada suku tahun terakhir dan juga beberapa tahun lepas.

Berikut adalah keputusan suku tahun terbaru daripada laman web Bursa Malaysia dan juga prestasi lima tahun lepas daripada laporan tahunannya.

 

Harga saham ditutup pada RM1.80 pada tengah hari ini dan masih berada pada tahap yang berpatutan. Saham ini nampak kukuh berasaskan enam kriteria penilaian berikut:

Hasil/ Jualan

Daripada laporan tahunan, hasil meningkat setiap tahun sejak 2014 dan dijangka terus meningkat sedikit pada tahun 2019 berasaskan keputusan suku tahunan terkini.

Keuntungan

Keuntungan menunjukkan trend kenaikan, walaupun ia telah turun sedikit pada 2017 dan 2018. Dari segi penilaian untung, saham ini diperdagangkan pada Nisbah P/E di bawah 10 berasaskan keputusan empat suku tahun terbaru.

Jika trend untung separuh pertama diulangi pada separuh kedua, syarikat mampu mencatatkan EPS sebanyak 20 sen, dengan potensi untuk meningkatkan sedikit untung pada tahun kewangan 2020 (berasaskan laporan penyelidikan yang diberikan pautannya pada hujung artikel).

Aset

Nilai aset bersih syarikat berada pada pars RM1.93,  lebih tinggi daripada harga semasa. Kita juga dapat melihat trend yang beransur-ansur meningkat.

Hutang

Nisbah hutang ekuiti rendah pada paras hanya 10 – 20% sepanjang tempoh lima tahun lepas.

Dividen

Jumlah dividen 8 sen dibayar pada 2018. Dividen interim bagi 2019 ialah 4.5 sen. Ini menghasilkan pulangan dividen menarik lebih 4% berasaskan julat harga semasa

Aliran Tunai

Syarikat mempunyai kedudukan aset semasa bersih yang kukuh (daripada lembaran imbangan) dan aliran tunai operasi yang mantap (daripada penyata aliran tunai). Klik sini untuk merujuk.

Laporan Penyelidikan

Ada dua syarikat penganalisis kecil yang melakukan penyelidikan terhadapnya. Baca laporan oleh ZJ Research dan Malacca Securities.

Sementara, laporan Alpha Indicator (klik untuk baca) oleh Thomson Reuters memberikan syarikat ini 10 markah (tertinggi).

Harga Saham

Harga saham telah naik sedikit kebelakangan ini. Saham kini diperdagangkan termasuk dividen dan mereka yang berminat boleh mengambil kesempatan jika terdapat kelemahan pasaran selanjutnya dalam suasana semasa.

Perhatian: Artikel ini adalah tinjauan dan analisis ringkas mengenai saham dan bukan cadangan membeli atau menjual. Penulis mungkin memiliki saham yang ditinjau. Beliau tidak bertanggungjawab terhadap sebarang keputusan pelaburan yang dibuat oleh pembaca.

________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *