10 Soalan Kewangan Untuk Pakdi

Razali Razman and Suzardi MaulanTuan Suzardi Maulan atau lebih dikenali sebagai Pakdi ialah seorang Licensed Financial Planner dan social influencer yang terkenal dalam bidang kewangan. Saya telah menemuramah beliau untuk mendapatkan pandangannya tentang beberapa perkara dan isu yang relevan kepada penabung dan pelabur umum.  Catatan dalam kurungan ialah penjelasan tambahan daripada saya.

1.   Apakah kesilapan paling besar pelabur berasaskan pemerhatian Pakdi di FB dan interaksi dengan pelanggan?

Tiada investment plan (rancangan pelaburan) dan mempunyai short term sight (terlalu fokus pada jangka pendek).

2.  Adakah Pakdi melabur secara peribadi dalam ASB? Apakah pendapat Pakdi tentang ASB Financing?

Saya tak tutup akaun ASB sebab dah ada sejak kecil. Duit ada yang berbaki sahaja.  ASB Financing ok kalau tak guna dividen untuk rolling ansuran bulanan.

3.  Jika ada orang meminta nasihat Pakdi di mana untuk simpan dana kecemasan, apakah cadangan Pakdi?

Simpanan Tetap, Tabung Haji, ASB

4.  Bagi pelabur Bumiputera atau Islam, adakah Instrumen seperti ASB dan TH telah menyebabkan mereka kurang berminat terhadap pelaburan? Apa pendapat Pakdi?

Setuju. Mereka tak diterapkan dengan budaya risk-reward (pertimbangan antara risiko dan pulangan yang diperolehi) yang sewajarnya.

5.  Siapa yang patut melabur dalam unit amanah dan siapa yang patut melabur dalam saham?

Tak ada perbezaan. Saya cenderung menyatakan siapa patut melabur dalam ekuiti dan siapa patut melabur dalam fixed income (pelaburan yang menerima pulangan secara berkala). Yang penting ialah cara anda memperuntukkan aset.

6.  Jadi jika seseorang nak melabur dalam saham tapi tiada masa nak belajar, tetapi dia tak begitu yakin melabur dalam unit amanah, bolehkah dia mendapatkan nasihat daripada Perancang/Penasihat Kewangan seperti Pakdi untuk menguruskan sahamnya? Bagaimana caranya?

Boleh. Individu seperti itu boleh mendapatkan khidmat Perancang Kewangan Berlesen untuk perkhidmatan akaun mandat persendirian. Namun perkhidmatan ini memerlukan modal pelaburan tunai paling kurang 5 angka bergantung kepada syarikat.

7.  Berapakah pulangan jangka panjang yang patut diharapkan oleh pelabur unit amanah dan saham?

Bergantung kepada kelas aset yang dilaburkan oleh sesuatu unit amanah.  Secara amnya, dana / portfolio seimbang boleh harapkan antara 6-8%. Manakala untuk portfolio yang fokus kepada saham bermodal kecil  boleh dapat lebih dari 10%.

8.  Apakah tiga kriteria utama Pakdi apabila memilih dana unit amanah?

Peruntukan kelas aset, strategi pelaburan & pulangan

9.  Apakah tiga kriteria utama Pakdi apabila menilai atau membeli sesuatu saham?

Perniagaan yang boleh dipercayai (berdaya maju), hutang rendah & (apa yang digelar oleh Warren Buffett sebagai) moat (parit yang lebar dan dalam yang melindungi istana, bermaksud perniagaan atau sektor perniagaan tersebut terlindung daripada digugat oleh pesaing).

10.  Pilih tiga tokoh pelaburan atau kewangan utama yang patut dicontohi dan berikan satu ciri atau kelebihan tiga tokoh tersebut?

a. John Bogle, pengasas yang mempelopori kaedah pelaburan berasaskan indeks.

b. Peter Lynch, pengurus dana tersohor yang telah menulis beberapa buku menarik, (termasuk bestseller One Up On Wall Street.)

c. Benjamin Graham. Maklumat asas untuk menjadi seorang value investor.

Ikuti tulisan Padi di Facebook, serta laman web dan blog beliau di bawah:

  1. Blog Suzardi Maulan
  2. Rancang Wang
  3. Tutorial Saham

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *