Apa Yang Sedang Bersinar Tidak Semestinya Terbaik

“Pasaran Malaysia kurang baik, apa kata kita tumpu kepada pasaran AS. Bukankah di sana sudah hot kembali?”

Bolehkah kita gunakan logik seperti di atas untuk membuat pelaburan?

Jawapannya ialah bergantung kepada time horizon atau jangka masa pelaburan anda. Jika anda pedagang jangka pendek, mungkin pendekatan di atas berasas. Tetapi bagi value investor, kaedah sebegini boleh menimbulkan masalah.

Value investor mencari sesuatu pelaburan yang undervalued, bukan pelaburan yang tengah hot.  Pelaburan yang hangat lazimnya merupakan calon untuk dijual (kalau bukan syarikat hebat yang boleh dibeli dan dipegang untuk sangat lama).

Jadi berhati-hatilah bila orang ajak kita melabur dalam pelaburan itu dan ini yang sedang hangat.  Masa emas tengah top sekitar 2011 dulu, ramai yang recommend emas, kemudian hartanah pula, dan pada masa yang sama unit amanah. Selepas itu Bitcoin pula.

Bila semua orang tengah sibuk memperkatakan tentang sesuatu pelaburan, kemungkinan besar (tetapi tidak semestinya), pelaburan tersebut sudah hampir sampai ke kemuncak.

Beberapa bulan lepas (6 Januari) saya ada menulis satu artikel tentang Apple. Masa itu Apple sedang jatuh. Baca tulisan tersebut pada hujung artikel. Harganya pada waktu itu ialah lebih kurang $146

Lihat graf Apple:

Dipetik daripada Yahoo Finance

Jadi bila agaknya masa paling baik untuk membeli saham. Sekarang atau 3 bulan lepas, bila semua orang bimbang tentang saham tersebut dan juga pasaran Amerika?

Pasaran saham keseluruhan di Amerika juga begitu, sekarang sudah hampir kembali ke paras tertinggi, sedangkan tiga bulan lepas ada kejatuhan yang mendadak.

Berhati-hati bila tiba-tiba anda dengar tentang kehebatan pelaburan itu dan ini dan pasaran itu dan ini. Kemungkinan besar sebahagian besar daripada kenaikan telah berlaku.

Tak percaya? Tanyalah pelabur Bitcoin yang datang lambat ke parti dan mengalami kerugian besar, sedangkan pelabur awal atau pelabur yang beli selepas parti telah berakhir dan harga jatuh kembali meraih untung yang agak besar.

__________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Pengumuman Apple dan Kaitan Dengan Ekonomi China, US dan Malaysia

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *