Bank Negara Turunkan Kadar Kepada 3%

Dua hari lepas Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan penurunan OPR atau Kadar Dasar BNM daripada 3.25% kepada 3.00% Ini merupakan perubahan pertama sejak Januari 2018.

Secara ringkas, apabila BNM menurunkan kadar, matlamatnya ialah untuk merangsang ekonomi.

Apabila kadar BNM diturunkan, bank juga dijangka menyusul dengan mengurangkan kadar pinjaman asas masing-masing.

Siapa yang mendapat manfaat:

  1. Orang ramai yang mempunyai hutang pada kadar terapung (berubah mengikut kadar pinjaman bank).
  2. Perniagaan yang meminjam pada kadar terapung.
  3. Merangsang pasaran hartanah dan kenderaan, kerana pembeli sebahagian besar menggunakan pinjaman.
  4. Menambah pendapatan boleh guna bulanan, kerana jangkaan ansuran bulanan lebih rendah.

Kesannya pula bagaimana?

  1. Margin bagi bank tertentu mungkin terjejas buat sementara.
  2. Mungkin mencetus inflasi, tetapi ini yang diperlukan sekarang memandangkan inflasi kita amat rendah.
  3. Berpotensi menjejaskan nilai Ringgit, tetapi ini bergantung kepada pelbagai faktor lain.

Selepas menghidupkan semula projek mega tertentu baru-baru ini, Kerajaan kini telah mengurangkan OPR untuk merangsang lagi ekonomi.

Pada pendapat saya, akhirnya mereka mungkin sudah mula prihatin dan sedar tentang dasar yang perlu dilaksanakan dalam keadaan semasa.

___________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *