Ekonomi Malaysia Berkembang 4.5% Pada S1 2019

Awal minggu ini, BNM telah umumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.5% pada suku pertama tahun 2019, lebih rendah berbanding 5.3% pada suku yang sama tahun lepas dan juga 4.7% pada suku keempat 2018.  Bagaimanapun, angka ini lebih tinggi daripada jangkaan 4.3% oleh pakar-pakar ekonomi.

Positif atau negatif? Bergantung kepada sudut pandangan anda.  Laporan akhbar tempatan memaparkannya sebagai lebih tinggi daripada jangkaan (positif) manakala agensi luar negara Bloomberg dan Reuters pula memberikan gambaran lebih negatif.

Pertumbuhan yang semakin perlahan sudah tentunya kurang baik, tetapi angka tidak serendah yang disangka.  Ujian sebenar adalah pada suku kedua tahun ini, kerana Trump sudah mula buat hal lagi berhubung dengan tarif dan perang dagangan dan mahu bergaduh dengan semua pihak.

Mungkin tempoh enam bulan lagi sukar diramalkan dan tidak menentu berasaskan faktor global, tetapi pada pendapat saya langkah terbaru Kerajaan untuk menggerakkan semula projek besar dan menurunkan kadar faedah mungkin mengambil masa tetapi akan mula dirasai secara beransur-ansur.

Namun dalam jangka pendek ini, keadaan mencabar mungkin berterusan.

 

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *