Pos Malaysia Catat Kerugian S4, Seluruh Tahun

Pos Malaysia telah mencatatkan kerugian terbesar sebanyak RM165.7 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2019, dan kerugian suku keempat berjumlah RM141.13 juta.

Menurut pihak pengurusan, penyusutan jumlah mel (13%) merupakan punca utama kerugian, selain rosot nilai di bahagian Pos Logistics sebanyak RM39.6 juta. Pendapatan sesaham (EPS) ialah -21.17 sen bagi seluruh tahun

Ini merupakan suku ketiga berturut-turut syarikat tersebut mencatatkan kerugian. Nampaknya masalah yang dihadapi agak serius. Semakin banyak perniagaan sedang berpindah kepada kaedah bil dan komunikasi elektronik.

Satu langkah yang dicadangkan ialah pelarasan semula tarif (naikkan harga setem) tetapi mereka sendiri mengakui langkah ini akan mempercepatkan lagi perpindahan kepada komunikasi elektronik.

Walaupun syarikat mempunyai segmen Poslaju yang berkhidmat kepada sektor e-dagang yang sedang berkembang maju, ia tidak dapat menampung kerugian daripada segmen lain.

Lebih-lebih lagi kerana Pos Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya menutup pejabat pos dan mengurangkan pekerja seiring pengurangan jumlah mel biasa.

Pos Malaysia ialah nama besar, jadi sebarang pemulihan kepada untung pasti akan mencetus kenaikan saham yang telah jatuh teruk sejak setahun lepas.

Tetapi masalahnya ialah pihak pengurusan sendiri tidak begitu jelas tentang apa model perniagaannya pada masa depan. Di samping itu, langkah yang boleh diambilnya juga terhad kerana mesti mendapatkan kelulusan pihak berkuasa kawal selia.

Justeru, amat sukar untuk menilai saham ini dalam jangka panjang walaupun mempunyai segmen e-dagang yang dijangka berkembang pesat.  Tetapi ia saham menarik untuk diperhatikan bagi mengesan tanda-tanda pemulihan (jika ada).

________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *