Mengapa Trump Bertegas Mahu Kurangkan Defisit Dagangan AS

Di mana sahaja Trump pergi untuk bertemu pemimpin negara lain, beliau menyebut tentang defisit perdagangan Amerika. Beliau seolah-olah mahu ‘berperang dengan semua pihak termasuk China, Mexico, Eropah dan Kanada.

Malah sekutunya Jepun tidak terlepas daripada amaran tentang jurang dagangan besar antara kedua-dua negara walaupun dia dilayan baik oleh pemimpin negara tersebut.

Defisit imbangan perdagangan Amerika pada 2018 ialah pada paras $621 juta. Imbangan perdagangan ialah sebahagian daripada Akaun Semasa, dan defisit Akaun Semasa Amerika ialah pada paras $488 juta.

Berikut adalah kira-kira umum bagi Imbangan Pembayaran sesebuah negara. Sumber Brooks Dalton (https://slideplayer.com/slide/9387701/):

Bagaimana defisit Akaun Semasa dibiayai? Tanpa pembiayaan, defisit akan mengurangkan rizab asing sesebuah negara dan sudah tentu ini tidak ‘sustainable’.

Jadi defisit dalam Akaun Semasa ditampung oleh lebihan dalam Akaun Modal.  Bagaimana ini boleh berlaku? Sama ada menerusi penjualan bon (hutang) dan juga aset kepada pelabur asing.

Memandangkan Amerika ialah sebuah negara yang berkembang pesat dengan pasaran modal yang paling maju, serta mempunyai status sebagai safe haven, banyak pelabur (negara asing) yang melabur dalam pasaran modal Amerika.

Sebagai contoh, China memegang bon Amerika Syarikat berjumlah $1.2 trilion, dan merupakan pemiutang (creditor) terbesar Amerika Syarikat.  Dengan kata lain hutang AS kepada China ialah $1.2 trilion.

Buat masa ini selagi pasaran modal dan aset Amerika menarik minat pelabur asing, tiada masalah bagi AS. Tetapi masalah besar akan timbul jika berlaku hilang keyakinan dan pelabur angkat kaki beramai-ramai.

Dalam jangka yang sangat panjang, defisit tidak boleh berterusan selamanya. Justeru Trump kini menggunakan kekerasan untuk berusaha mengurangkan defisit dagangan, dan defisit akaun semasa yang dihadapi oleh Amerika.

Sama ada pendekatan tegas ini win-win, win-lose atau lose-lose bagi ekonomi AS dan seluruh dunia belum dapat dipastikan. Kita sama-sama tunggu dan lihat kesannya.

_________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *