Telekom Ganda Untung S1, Prestasi Luar Jangkaan

Walaupun menghadapi harga jalur lebar baharu dan hasil (revenue) yang lebih rendah, Telekom Malaysia (TM) telah berjaya mencatatkan pendapatan sesaham (EPS) cemerlang sebanyak 8.2 sen pada S1-19.

Disebabkan penurunan harga jalur lebar, hasil lebih rendah memang dijangkakan, tetapi apa yang menarik ialah TM berjaya mengurangkan kos pada kadar lebih besar daripada pengurangan hasil.

Justeru kenaikan untung ini adalah sesuatu di luar jangkaan beberapa analyst.

Dalam tempoh yang mendatang persaingan yang dihadapi oleh TM semakin sengit, tetapi selagi usaha mengurangkan kos dan ‘memerah’ sepenuhnya manfaat daripada aset diteruskan, mungkin nilai TM boleh meningkat lagi.

Bagi pemerhati TM, untung paling besar ialah bagi mereka yang telah mengambil risiko dan membeli semasa berlaku ‘kitchen sinking exercise’ dua suku tahun lepas di mana semua impairment telah diletakkan pada suku tersebut.

Sama ada harga boleh naik lagi dari paras ini selepas pengumuman bergantung kepada keupayaan meneruskan prestasi yang sama pada suku-suku tahun akan datang dan juga penyelesaian isu pelantikan CEO TM.

Nota: Perkara yang agak menghairankan ialah KWSP telah menjual 5 juta saham selepas pengumuman keputusan, meneruskan jualan beransur-ansur yang dilakukan sebelum ini tetapi tidak pasti apakah justifikasi mereka sekarang selepas keputusan terbaru.

Apa yang mereka nampak agaknya yang berbeza dari pelabur lain yang sibuk membeli? Atau adakah mereka hanya meneruskan rancangan untuk kurangkan kepentingan?

_________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *