Saham Dividen: Alternatif Kepada Tabungan di TH

Sejak kemelut hibah TH, ada yang bertanya sama ada nak terus simpan di TH (bagi mereka yang enggan melabur dalam ASB).  Bagi saya, jika anda tak sanggup atau tak boleh ambil risiko, biarkan sahaja di TH.

Tetapi bagi mereka yang sanggup ambil sedikit risiko tetapi tak berapa yakin dengan unit amanah (sebab kos) atau instrumen lain, anda boleh cuba melabur dalam saham kukuh yang membayar dividen.

Memandangkan harga saham di Bursa sekarang sudah jatuh, ada banyak juga saham yang memberikan pulangan dividen atau dividen yield yang menarik.

Lazimnya bagi saham dividen, pulangan dividen 3% atau lebih adalah berbaloi bergantung kepada kualiti saham.

Memandangkan mereka yang melabur dalam saham dividen lazimnya tidak mahu mengambil risiko tinggi, antara faktor berikut perlu dipertimbangkan:

  1. Kelestarian untung (sustainability). Lihat rekod kestabilan untung jangka panjang dan ramalan untung positif masa depan.
  2. Potensi meningkatkan untung, dalam tempoh 5 tahun akan datang (baca research report kalau ada).
  3. Rekod pembayaran dividen yang kukuh.
  4. Nisbah P/E (Harga/Pendapatan) dan P/B (Harga/Nilai Aset Bersih) berpatutan berbanding sejarah dan syarikat  dalam industri sama.
  5. Aliran tunai operasi yang positif dan kukuh

Apa yang kita mahu daripada saham dividen?  Untung dan dividen yang beransur-ansur meningkat.  Jika ini berlaku harga saham juga meningkat. Bermakna anda akan meraih pulangan daripada dividen dan juga kenaikan harga saham.

Sudah tentu risikonya lebih tinggi daripada simpan dalam instrumen seperti TH.  Ini kerana harga saham boleh jatuh.

Tapi jika analisis anda tepat, dalam jangka panjang harga saham akan naik dan bukan turun jika syarikat berjaya menambah untung secara beransur-ansur.

Seperti semua pelaburan lain, harga yang anda beli menentukan pulangan yang anda terima.  Sebab itu amat penting untuk membeli pada harga yang berpatutan.

Nota: Jika anda benar-benar meneliti, mempelajari dan memahami tentang pulangan dari sudut Islam, anda akan sedar bahawa keuntungan atau pulangan hanya boleh diraih dengan berusaha atau mengambil risiko munasabah (yang tidak sampai ke tahap gharar).

________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *