Susulan artikel tentang saham dividen minggu lepas, kita tinjau satu saham dengan dividen berpatutan yang kurang mendapat perhatian, iaitu Yoong Onn (YOCB). Syarikat ini ialah pengeluar cadar dan aksesori katil untuk pasaran dalam dan luar negara. Selain itu ia juga mempunyai rangkaian gedung runcit sendiri yang dinamakan Home’s Harmony.
Saham ini tidak banyak diikuti dan hampir tiada research report di Bursa Marketplace. Harga YOCB baru-baru ini jatuh sedikit kerana keputusan tidak sebaik setahun lepas. Tetapi prestasinya masih ok.
Sumber: Laman web Bursa Malaysia
Antara kelebihan saham ini dari segi penilaian:
- EPS (Pendapatan Sesaham) 2019 dianggarkan 15 sen – harga sekarang hanya RM1.08
- Rekod keuntungan konsisten
Sumber Laporan Tahunan YOCB
- Nilai aset bersih beransur-ansur meningkat setiap tahun – kini RM1.44 berbanding harga RM1.08
- Dividen yield (pulangan dividen) => 4%
- Tiada hutang jangka panjang
- Kedudukan net cash
- Jenama-jenama yang agak kukuh
Sumber: Alphaindicator dari Bursamarketplace
Antara faktor negatif termasuk
- Prestasi untung mungkin lebih rendah pada 2 – 3 suku tahun akan datang (sebab itu harga sekarang turun)
- Keadaan pasaran pengguna juga dijangka kurang baik pada 2 – 3 suku tahun seterusnya
- Harga input yang diimport sekarang agak tinggi
- Kurang mendapat perhatian
Sumber: Laman web Bursa Malaysia
Bila harga saham berpotensi naik?
- Sebarang peningkatan untung dalam tempoh 2 – 3 tahun akan datang
- Mendapat lebih perhatian daripada analyst dan pelabur lain
Bila saham berpotensi turun?
- Jika keuntungan lebih rendah pada tahun-tahun akan datang
- Jika berlaku lebih sengit atau produk kurang mendapat sambutan
Nota: Artikel ini hanya menerangkan tentang saham dengan ciri-ciri tertentu dan bukan cadangan untuk membeli atau menjual. Penulis mungkin ada memiliki saham-saham yang ditinjau dalam Rencana Ringgit.
_________________
Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:
Author: Razali Razman
Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.