Bukan Senang Meramalkan Ekonomi

Dua minggu lepas Dr Jomo K. Sundram, tokoh ekonomi tersohor Malaysia berkata kita harus bersedia menghadapi cabaran ekonomi global, dengan ‘conditions deteriorating every day’.  Tetapi sejak itu, Trump telah mengubah sedikit pendiriannya dan pasaran saham AS dan Malaysia telah meningkat dan tinjauan tiba-tiba menjadi sedikit lebih positif.  Jadi kita perlu bertanya “Are tough times really coming?” ke Malaysia. Saya cuba senaraikan faktor positif dan negatif bagi ekonomi  (G – Global M – Malaysia).

Berikut adalah faktor negatif yang dihadapi:

  1. Perang dagangan antara US-China, dan US dengan berbilang negara lain. (G)
  2. Pertumbuhan ekonomi global yang sedikit lebih perlahan (G)
  3. Keadaan pasaran saham AS hampir pada paras rekod (G)
  4. Ketegangan geopolitik (G)
  5. Hutang persendirian yang agak tinggi di beberapa negara (G)
  6. Pasaran hartanah Malaysia. Banyak unit tak laku tetapi harga tidak mahu turun (M)

Tetapi di sudut lain terdapat juga faktor positif bagi ekonomi global dan Malaysia:

  1. Fed telah menghentikan kenaikan kadar faedah, dan akan menurunkan kadar jika perlu (G)
  2. Kadar faedah banyak negara yang rendah, tiada alternatif melainkan untuk melabur dan bukan menabung (G)
  3. Trade diversion – bisnes berpindah ke SEA dan Malaysia kerana perang dagangan (G, M)
  4. Projek-projek besar di Malaysia sudah mula berjalan (M)
  5. Situasi hutang sudah mula dikawal (M)
  6. Pasaran saham Malaysia pada paras yang berpatutan (M)
  7. Berasaskan aktiviti pelanggan saya, nampak makin lebih giat sikit berbanding tahun lepas (M)

Jadi memang di peringkat global, kita patut bersedia menghadapi kesan negatif perkembangan ekonomi dunia, tetapi bagi Malaysia, kita telah berada dalam keadaan mendatar dan kurang baik untuk tempoh yang agak lama.

Tak percaya? Cuba tengok graf indeks FBM KLCI dari 2013 – 2019 sekarang.  Kita masih belum melepasi 1900 sejak menghampirinya pada 2013 dan prestasi keuntungan syarikat-syarikat juga umumnya mendatar.

FBM KLCI – Yahoo Finance

Jadi saranan ‘brace for tough times’ oleh Jomo benar di satu sudut, kerana memang ekonomi global akan menghadapi kesukaran, tetapi di sudut lain, bagi banyak PKS, dan juga individu (terutamanya yang kehilangan kerja dalam tempoh ini) kita memang sudah berada dalam ‘tough times’ sejak beberapa tahun.

Sebenarnya terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi Malaysia sudah mula bernafas, kecuali bagi sektor hartanah.

Pada pendapat saya, tough times mungkin akan berlarutan buat seketika tetapi ini fasa terakhir bagi Malaysia dan sebagai pelabur kita seharusnya bersedia untuk fasa growth dan recovery.  Kitaran perniagaan kita mungkin berbeza daripada beberapa negara lain yang sudah mengalami pertumbuhan pesat selama ini.

 

________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *