Pro dan Kontra Menghentikan Khidmat Orang Berpengalaman

Semasa meninjau masalah yang dihadapi Boeing, saya terbaca artikel yang mendakwa bahawa sejak beberapa tahun lepas, Boeing telah menghentikan khidmat jurutera perisian kanan dan veteran dan telah outsource kerja-kerja pembangunan perisian (software) ke luar negara.

Manfaat, dari segi teorinya, ialah penjimatan besar dari segi kos. Kelemahannya ialah kehilangan kepakaran sebenar dan pengalaman bertahun-tahun.  Tak pasti sama ada ini ada kaitan dengan tragedi yang menimpa baru-baru ini. Tetapi yang pasti bila tidak dilakukan dengan betul kesannya, dalam kes Boeing, mungkin menyebabkan kehilangan nyawa, dan akhirnya menelan belanja jauh lebih besar, sehingga menjejaskan reputasi dan kredibiliti.

Malah menurut sebuah firma kejuruteraan perisian lain di AS, mereka telah memenangi beberapa kontrak hanya untuk tujuan membetulkan kesalahan kod kerana kesilapan daripada kerja asal yang diberikan kepada sumber luar.

Kembali ke negara kita, saya tahu ada syarikat-syarikat di Malaysia yang melakukan perkara yang sama, iaitu menghentikan pekerja veteran untuk digantikan dengan pekerja lebih muda yang lebih murah atau melantik pembekal luar untuk melakukan kerja tersebut.

Ini memang lumrah dunia moden kita pada hari ini.  Tekanan untuk terus meningkatkan untung dan menjimatkan kos sentiasa ada daripada pasaran (pemegang saham).

Jadi satu cara untuk melakukannya dengan pantas ialah dengan pemberhentian pekerja, pemberhentian sukarela (VSS), outsourcing (persumberan luar), mengautomasi kerja dan sebagainya. Pekerja yang sudah lama berkhidmat dengan gaji paling tinggi lazimnya disasarkan.

Di satu sudut, memang usaha memerah aset sumber manusia sedia ada untuk menghasilkan lebih banyak untung ialah satu perkara positif bagi pemegang saham, tetapi jika tidak dilakukan dengan betul mungkin berpotensi menjejaskan syarikat dengan cara yang sukar diramalkan pada masa depan.

Jadi apabila sesebuah syarikat mengumumkan VSS atau pemberhentian pekerja untuk ‘streamline operasi, meningkatkan kecekapan dan sebagainya, sebagai pemegang saham jangan cepat kagum. Kena kaji dulu sama ada ia akan menjejaskan keupayaan syarikat dalam jangka panjang.

_______________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: razali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *