Gergasi Hypermarket Kini Dijinakkan Oleh Pesaing Lebih Kecil

Minggu lepas dalam perjalanan menghantar anak saya ke pertandingan hoki di Kuala Selangor, saya nampak hypermarket Giant di sana telah digantikan dengan Mustafa. Trend kemerostan rantaian hypermarket besar ini tidak menghairankan berasaskan perkembangan semasa.

Pada satu masa dulu, ramai yang bimbang hypermarket akan memusnahkan kedai-kedai kecil dan menyebabkan banyak operasi runcit kecil gulung tikar. Buat sementara waktu memang benar, tetapi persaingan tidak akan duduk diam, sekarang perkara sebaliknya berlaku.  Umum bimbang banyak hypermarket ditutup dan ramai yang kehilangan kerja.

Ada yang cuba menyalahkan PH dan LGE tetapi penutupan telah bermula sejak 2017 dan pada masa itu semua salah Dato’ Seri Najib. Sebenarnya ini adalah lumrah bisnes. Tidak ada siapa yang sentiasa menang.

Sekarang ini yang sedang berkembang pesat ialah convenience store kecil seperti 99Speedmart, KK, 7-Eleven dan Family Mart.  Untuk perkakasan pula kita ada Mr DIY.  Dan di samping itu, terdapat persaingan online dari Shopee dan Lazada.

Saya memang dah lama tak masuk hypermarket sebaliknya suka pergi Mr DIY atau beli online.  Sedangkan isteri saya pula pun sekali sekala pergi tetapi itu pun merungut yang sayur-sayuran dan barang basah kurang segar.

Memang hypermarket tetap akan ada tempatnya tetapi ia tidak lagi akan menjadi ancaman besar dan perlu bersaing sengit dalam pasaran runcit yang super-kompetif.

Malah Tesco juga sekarang sedang cuba membuka gedung yang lebih kecil, sambil ketua eksekutifnya berkata masa kegemilangan rantaian hypermarket mungkin telah berlalu.

Lebih menarik ialah jualan runcit pada suku pertama meningkat sebanyak 3.8% tetapi subsektor pasaraya/ hypermarket merosot sebanyak 2.3%!

Sebagai pelabur kisah hipermarket ini boleh diambil iktibar.  Pertumbuhan tidak berlaku secara berterusan. Jadi kita perlu berhati-hati dalam menilai sesuatu perniagaan.

Contohnya ialah kaedah discounted cashflow di mana penilaian dibuat berasaskan unjuran pertumbuhan berterusan buat tempoh yang tidak terhad.

Tetapi dalam banyak keadaan ‘growth just does not happen anymore’. Malah perkara sebaliknya mungkin berlaku.

Bacaan tambahan:

https://www.theedgemarkets.com/article/tale-shrinking-giant

Malaysia retail sales growth rises 3.8 per cent in 1Q19

_________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *