Prestasi Lebih Baik Pada S2, Tetapi S3 dan S4 Mungkin Lebih Rendah

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lebih tinggi daripada jangkaan pada 4.9% menurut laporan suku kedua (S2) 2019 BNM, dalam suasana di mana ekonomi Singapura menghampiri kemelesetan dan Thailand mencatatkan pertumbuhan yang agak perlahan.

Antara sorotan penting laporan ekonomi S2 BNM:

  • Pertumbuhan KDNK tahunan S2 pada 4.9%, lebih tinggi daripada S1 (4.5%) dan jangkaan (4.7%)
  • Pertumbuhan S2 berbanding S1 ialah 1.0%
  • Penggunaan persendirian naik 7.8%, menunjukkan perbelanjaan pengguna kukuh
  • Eksport bersih meningkat 22.9%
  • Sektor perkhidmatan meningkat 6.1% manakala pembuatan berkembang 4.3%
  • Lebihan akaun semasa ialah 14.3 bilion

Trading Economics: Pertumbuhan KDNK Suku Tahunan: Tahun Berbanding Tahun

Trading Economics: Pertumbuhan KDNK Suku Tahunan: Suku Tahun Berbanding Tempoh Sebelumnya

Prestasi ini agak mengejutkan memandangkan keadaan global semasa, tetapi angka yang dicatatkan mungkin tidak dapat dikekalkan kerana cabaran global yang bakal ditempuhi. Bagaimanapun, langsung tiada tanda-tanda bahawa kemelesetan akan berlaku di Malaysia

Kita tidak akan dapat lepas daripada kemelut ekonomi global jika ia berlaku dan pasaran saham juga pasti terjejas lagi tetapi saya yakin kita mungkin yang pertama kembali kukuh kerana kedudukan kita dalam kitaran ekonomi.

Jadi bersiap sedia untuk angka yang sedikit lebih lemah pada dua suku akan datang, tetapi jangan lupa untuk merebut peluang daripada sebarang penurunan harga aset jika ia berlaku.

__________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *