50 Saham Bermodal Terbesar AS Yang Patuh Syariah

Ada pembaca bertanya, “Bagaimana untuk mendapatkan senarai saham asing yang patuh Syariah? Senarai tersebut mungkin boleh didapati, tetapi untuk mendapatkannya secara percuma adalah sukar. Setakat yang saya tahu, yang boleh diperolehi secara percuma hanyalah 50 saham patuh Syariah terbesar di AS.

Dulu ada apps atau laman web Ideal Ratings tetapi fungsi percuma dalam apps sangat terhad.  Malah pada masa artikel ini ditulis saya nak login ke dalam website pun tak boleh.  (Beritahu saya di bahagian komen jika ada cara percuma lain).

Kita juga boleh melakukannya dengan mengkaji maklumat kewangan dan menilai sendiri sama ada ia patuh Syariah berasaskan kriteria patuh Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Tapi dengan kaedah ini anda perlu buat kerja sedikit.

Jadi satu-satunya cara yang saya ketahui ialah dengan meninjau saham-saham komponen dalam Dana Dagangan Bursa (ETF) yang dinamakan MyETF Dow Jones US TItans 50 (MyETF-US50).

MyETF- US50 ialah ETF patuh syariah daripada i-VCAP yang tersenarai di Bursa Malaysia yang melabur dalam 50 syarikat bermodal terbesar di AS berasaskan kriteria yang ditetapkan. Senarai 50 saham mungkin tak banyak tetapi buat permulaan memang sesuai untuk pelabur kecil.

Jadi, kika anda ingin mencari saham-saham patuh Syariah di negara lain, mungkin inilah caranya, iaitu  mencari ETF patuh syariah di negara tersebut, dan menyelidik lebih lanjut untuk menentukan apakah saham-saham komponennya.

Nota Pautan:

MyETF-US50

MyETF di Bursa Malaysia,  MyETF

__________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *