Bank Pusat Dunia Kembali Menyuntik Wang Ke Dalam Sistem

Semalam Bank Pusat China dilaporkan telah menyuntik wang antara $28 hingga $38 bilion ke dalam sistem kewangannya. Ini tidak menghairankan memandangkan situasi pertumbuhan China pada kadar yang paling perlahan sejak 1990an.

Langkah ini mengikuti trend Bank Pusat Eropah dan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang baru-baru ini menyambung kembali proses suntikan wang ke dalam sistem, dengan membeli aset kewangan, lantas mengembangkan lembaran imbangan (balance sheet) masing-masing.

Malah beberapa minggu lepas Rizab Persekutuan telah mula campur tangan dalam pasaran repo (pasaran wang jangka pendek) apabila berlaku kekurangan kecairan dalam sistem, dan telah meneruskannya sehingga kini.

Pada mulanya ia didakwa sebagai langkah sementara, tetapi kini ia diteruskan selagi perlu.

Apabila ditanya adakah ini quantitative easing (QE4) yang dilakukan seperti zaman krisis? Mereka kata tidak, tetapi kesannya ialah sama, iaitu wang disuntik dan lembaran imbangan (Fed) kembali meningkat.

Cuba lihat graf lembaran imbangan Bank Pusat Eropah dan Fed. Tahap pengembangan yang dilakukan sejak 10 tahun lepas begitu mendadak.

Lembaran Imbangan ECB

Lembaran Imbangan ECB (2 Tahun)

Lembaran Imbangan Fed

Jadi tidak menghairankan bahawa pasaran saham AS kini berada di tahap menghampiri rekod, dan telah memecahkan rekod demi rekod beberapa tahun lepas.

Kenaikan terus berlaku walaupun dalam suasana global yang kurang cerah dan indeks pengeluaran yang menunjukkan kelemahan.

Terdapat banyak wang dalam sistem yang mencari sumber pelaburan dan bon memberikan pulangan yang rendah, Malah ada yang memberikan pulangan negatif.  Justeru tidak banyak alternatif bagi pelabur kecuali pasaran saham atau hartanah.

Dalam tempoh hampir sedekad lepas kita melihat kenaikan berterusan dalam harga saham (tidak berlaku di Malaysia) dan hartanah (turut berlaku di Malaysia) di peringkat global, seolah-olah kitaran perniagaan biasa tidak lagi wujud.

Bank-Bank Pusat Dunia sedang melakukan eksperimen yang mungkin tidak pernah dilakukan sebelum ini.  Ada tiga aliran pendapat utama tentang apakah kesannya pada masa depan:

  1. Situasi distabilkan dan pasaran AS akan kembali naik secara beransur-ansur (Ken Fisher)
  2.  Keadaan adalah unsustainable dan berlaku kejutan yang menyebabkan kejatuhan pasaran dan kemelesetan ekonomi (Jeffrey Gundlach dan beberapa pakar lagi)
  3.  Ekonomi kurang baik tetapi pengembangan kuantitatif akan mengelakkan kejutan atau crash namun ekonomi global mendatar dan hambar untuk jangka masa yang agak panjang (Ray Dalio)

Di samping itu, terdapat satu lagi pandangan outlier daripada beberapa golongan yang sangat pesimistik. Mereka berpendapat tahap hutang global akan menyebabkan kejutan ekonomi yang teruk yang mengakibatkan kemerosotan nilai Dollar dan kembalinya kepada gold standard.

Ramalan ekonomi dan pasaran bukan exact science iaitu ramalan yang boleh dibuat dengan tepat dan konsisten. Terpulang kepada anda untuk menilai sendiri bagaimana untuk menyusun pelaburan anda berasaskan senario yang anda rasa akan berlaku.

_________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *