Krisis Ekonomi dan Jurang Sosial Cetus Pergolakan di Lebanon

Mungkin tidak ramai yang memberi perhatian kepada Lebanon. Rakyatnya sedang memberontak dan Perdana Menteri Saad Hariri telah meletakkan jawatan. Perkara terakhir yang meledakkan api kemarahan di tengah2 krisis ekonomi ialah cukai WhatsApp yang dikenakan ke atas rakyat.

Tetapi seperti syarikat Thomas Cook yang saya sentuh tempoh hari, salah satu punca utama krisis ekonomi Lebanon ialah tahap hutang yang tinggi, sebahagian besarnya hutang asing.

Antara masalah yang dihadapi oleh Lebanon:

  1. Nisbah hutang kepada GDP lebih 150%
  2. Komponen hutang asing yang tinggi
  3. Jurang besar antara golongan elit dan rakyat jelata
  4. Kebakaran hutan
  5. Krisis mata wang jika tambatan kepada dollar AS tidak dapat dikekalkan
  6. Sebahagian besar ekonomi berasaskan aktiviti rent seeking – perbankan dan hartanah.
  7. Defisit kerajaan kira-kira 10%
  8. Kadar pinjaman efektif di pasaran yang sangat tinggi jika menerbitkan hutang baru

Tahap pinjaman yang tinggi sebahagian besarnya membiayai sektor hartanah dan kerajaan dan bukannya disalurkan kepada penjanaan ekonomi sebenar. Semua ini tidak sustainable.

Jadi untuk menyelesaikan masalah, Kerajaan cuba memperkenalkan cukai. Cuba teka siapa yang kena cukai? Rakyat biasa yang bukan punca krisis dan dilanda kesempitan. Tidak hairanlah pergolakan berlaku.

Malah Lebanon hanyalah satu daripada beberapa tempat di mana rakyat bangkit termasuk Hong Kong, Chile, Colombia, Venezuela, Ecuador dan Iraq.

Menurut Ray Dalio dan juga beberapa pakar sosial dan ekonomi lain, dunia kita sedang menghadapi beberapa ancaman:

  1. Jurang besar antara kaya miskin
  2. Tahap hutang tinggi
  3. Dasar bank pusat yang tidak lagi berkesan
  4. Krisis alam sekitar
  5. Pemberontakan rakyat biasa yang rasa tertekan dengan keadaan semasa
  6. Deglobalisasi – perang dagangan.

Kita tunggu dan lihat sama ada para pemimpin dunia akan cuba menyelesaikan masalah atau memburukkan lagi keadaan.

___________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *