Adakah Warren Buffett sudah kehilangan sentuhan hebat?

Prestasi pelabur tersohor Warren Buffett pada tahun ini jauh mengekori Indeks S&P 500. Indeks tersebut naik 22.9% tahun ini sedangkan saham Berkshire Hathaway (BH) milik Buffett hanya naik 9.8%. Ini menyebabkan seorang pelabur besar hilang sabar dan menjual saham.

Kadangkala faktor usia menyebabkan penyusutan prestasi. Tetapi adakah beliau, bak kata orang putih, sudah benar-benar ‘lost his touch’?

Faktor utama yang menyebabkan Buffett mengekori jauh di belakang ialah:

  1. Pegangan tunai RM128 bilion dengan pulangan sangat rendah kerana mendapati banyak saham atau syarikat terlalu mahal untuk dibeli
  2. Kenaikan ketara indeks saham di AS dalam suasana kadar faedah rendah dan suntikan wang oleh Fed

Dalam tempoh 10 tahun sejak krisis, Indeks S&P 500 telah meningkat 468% termasuk dividen, sedangkan BH naik 353%.

Tetapi jika kita kembali ke tahun 1965 pada permulaan BH, maka BH telah mencatatkan pulangan terkompaun tahunan 20.5% sedangkan pulangan indeks S&P 500 hanyalah 9.7% setahun sehingga 2018.

Keadaan ini menimbulkan persoalan yang menarik. Adakah Buffett telah kehilangan sentuhannya atau indeks-indeks saham telah naik ke tahap yang terlalu tinggi?

Salah satu ungkapan paling terkenal Buffett ialah Be fearful when others are greedy, be greedy when others are fearful.

Tetapi dalam suasana wang longgar dan kadar faedah rendah semasa, adakah kata-kata di atas sudah usang dan tidak terpakai? Atau adakah perkara sebaliknya yang benar, iaitu pasaran saham AS berada di awang-awangan dan menantikan kejatuhan?

Apa pandangan anda? Kita sama-sama tunggu dan lihat.

___________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *