Icon Offshore – Jatuh Merudum Selepas Penyenaraian

Icon Offshore ialah contoh lampau sebuah syarikat yang disenaraikan semasa kemuncak keuntungan dan kehangatan industri, untuk ditawarkan kepada orang ramai sebagai pelabur barisan terakhir, kemudian prestasi merudum kerana pelbagai faktor sehingga harganya sekarang 3.5 sen sahaja.

Baru-baru ini harga jatuh ke paras itu apabila syarikat mengumumkan penyusunan semula dan terbitan modal baru untuk meraih tunai, yang akan mencairkan kepentingan pegangan saham sedia ada.

Satu daripada pengajaran penting di sini ialah berhati-hati dengan syarikat IPO. Ada yang bagus, ada yang merupakan cara bagi pelabur untuk exit di kemuncak pasaran, ada yang dijual pada harga yang terlalu tinggi dan sebagainya.

Pengajaran kedua yang lebih penting ialah berkenaan strategi buy and hold (beli dan pegang). Memang jika kita pelabur jangka panjang, ada nasihat daripada pelabur tersohor yang menyatakan bahawa kita perlu sanggup menahan kerugian dalam saham syarikat buat tempoh tertentu.

Tetapi perkara ini benar hanya jika harga turun disebabkan faktor sentimen atau kelemahan sementara. Apabila kita menilai semula saham tersebut, didapati syarikat memang akan menghadapi masalah memulihkan prestasi atau prestasi mungkin merosot lagi, lebih baik jual.

Keputusan untuk terus memegang atau menjual bukan bergantung pada kejatuhan atau kenaikan harga tetapi potensi untung pada masa depan, berasaskan senario terkini.

Ada seorang pelabur yang telah membeli selepas kejatuhan besar pertama pada harga lebih kurang 60 – 70 sen kerana merasakan akan berlaku pemulihan industri.

Tetapi selepas itu timbul masalah pengurusan dan beberapa isu dalam syarikat, dia telah menjual pada harga lebih rendah, menyebabkan dia rugi.

Rugi memang rugi, tetapi jika beliau menunggu untuk pulang modal, kerugian yang dihadapi adalah 20 kali lebih besar.

______________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *