Situasi Politik Membelenggu Pasaran Saham

Semalam indeks FBM KLCI jatuh lebih 20 mata, selepas mencatatkan prestasi hambar selama beberapa bulan. Walaupun kejatuhan disebabkan beberapa faktor, termasuk perang dagangan dan situasi global, kita tidak dapat menafikan yang keadaan politik negara menjadi salah satu punca.

Apabila pasaran jatuh akhir tahun lepas, ramai yang mendakwa ia salah Kerajaan PH, tetapi saya kata tidak, ia berlaku kerana situasi global.  Tetapi pada tahun ini, sukar untuk menidakkan bahawa ketidakpastian politik yang wujud sekarang merupakan antara puncanya.

Cuba lihat graf daripada Bloomberg yang diterbitkan oleh The Star Online. Pada akhir tahun lepas, kejatuhan indeks saham Asia Pasifik lebih ketara daripada Malaysia.

Tetapi pada tahun ini, divergence antara kedua-dua indeks amat ketara, dengan Malaysia pula yang ketinggalan di belakang. Indeks Asia Pasifik ialah penanda aras keadaan di Asia, tetapi Malaysia berada jauh di bawahnya.

Dipetik daripada The Star Online. Sumber: Bloomberg

Perlu ditekankan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia ialah memuaskan buat masa ini.  Malah pelaburan asing sebenar (bukan pelaburan portfolio ) juga ok. Kemerosotan pelaburan dari China diimbangi oleh pelaburan dari AS dan Jepun.

Tetapi syarikat-syarikat tersenarai tidak mencatatkan untung yang memuaskan, dan sentimen terhadap pasaran saham juga negatif.

Pelabur pasaran terdiri daripada pelabur asing dan tempatan. Outflow daripada pelabur ekuiti asing adalah agak serius. Kebanyakan pelabur asing  terdiri daripada institusi.

Satu perkara yang tidak disukai oleh pengurus dana ialah uncertainty atau ketidakpastian. Apabila suasana politik dan perniagaan tidak pasti, sukar untuk membuat penilaian saham.

Ketidakpastian yang saya maksudkan di sini ialah 1) Mengenai perubahan kepimpinan, 2) Pergolakan dalam salah satu parti utama pakatan rakyat.

Di samping itu, apabila parti-parti dalam PH ada kepentingan dan matlamat berbeza, sudah tentu akan ada terlalu banyak pendapat tentang dasar-dasar yang dilaksanakan.

Persoalan paling penting ialah sama ada perubahan akan sekali lagi dibuat jika berlaku pertukaran kepimpinan. Contohnya siapa yang menerajui GLC, siapa dapat kontrak apa dan projek mana yang akan diteruskan atau tidak.

Kita sedang menghadapi situasi pasaran saham yang agak rumit walaupun ekonomi kita mencatatkan pertumbuhan memuaskan. Ketidakpastian ialah musuh utama pelabur pasaran.

___________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: razali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *