Berapa Lama Rugi Sebelum Operasi Syarikat Terjejas?

Pada pengumuman keputusan suku tahunan syarikat baru-baru ini, antara dua nama besar yang saya follow, TM meneruskan pemulihan dengan keuntungan yang kukuh, tetapi Pos Malaysia mencatatkan kerugian buat suku ke-5 berturut-turut. Kerugian terkumpul sepanjang tempoh tersebut berjumlah RM215 juta Ringgit.

Satu persoalan menarik ialah berapa lama atau berapa banyak syarikat boleh rugi sebelum operasinya terjejas dan menghadapi risiko gulung tikar? Bergantung kepada keadaan, iaitu sama ada apabila kehabisan tunai, seperti Utusan Malaysia, atau apabila nilai aset bersih sudah menjadi negatif, di mana ia akan dimasukkan dalam kategori PN17.

Berasaskan pengumuman yang dibuat di Bursa, nilai aset bersih syarikat berada pada paras RM2.08 sesaham, manakala kerugian yang dialami ialah 3.75 sen sesaham atau RM29.34 juta pada suku tahun yang dilaporkan.

Daripada laman web Bursa Malaysia

Berasaskan kedudukan ini, masih ada banyak ruang, iaitu sekurang-kurangnya beberapa tahun, untuk membolehkan Pos Malaysia terus beroperasi selagi tiada kerugian ketara berlaku. Menurut pihak pengurusan awal tahun ini, pelan pemulihan dijangka mengambil masa tiga tahun.

Masalah pos Malaysia ialah kebanyakan perniagaannya mengalami kemerosotan, termasuk pos biasa. Satu-satunya segmen yang paling berpotensi, iaitu Pos Laju, pula menghadapi saingan sengit daripada pelbagai peserta baru, termasuk J&T, Ninja dan juga perkhidmatan dalaman daripada Shopee dan Lazada.

Jadi memang Pos Malaysia sedang menghadapi cabaran besar pulihkan operasi, tetapi masih ada ruang dan masa. Kedudukan nilai aset semasa bersih juga tidak lemah.

Persoalannya ialah mengapa kita nak tinjau syarikat yang rugi? Sebabnya ialah Pos Malaysia ialah nama besar, dan sektor kiriman barang bagi e-niaga ialah sektor yang sedang berkembang pesat. Sebarang pemulihan untung akan menyaksikan saham ini melonjak.

Satu lagi perkara ialah tidak mungkin Kerajaan membiarkan sahaja Pos Malaysia terus rugi tanpa mengambil langkah proaktif. Cuma persoalannya ialah bila syarikat akan kembali untung.

Manakala risiko paling besar pelaburan seperti ini ialah ia gagal untuk pulih dan syarikat terus jatuh dan memasuki kategori PN17.

________________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *