Media Cetak Tewas Kepada Media Sosial

Semalam ada berita mengenai 543 kakitangan New Straits Times Press yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada bulan Mac 2020. Ini termasuk pekerja akhbar The New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Berita ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan trend semasa tetapi sebagai anak dua wartawan yang dibesarkan dengan pendapatan daripada NSTP, saya simpati dengan nasib kakitangan.

Trend penyusutan media cetak dijangka berterusan. Pada satu masa dulu Warren Buffett menganggap syarikat akhbar sebagai satu bentuk monopoli kerana untuk mencapai pelanggan, syarikat-syarikat perlu menyiarkan iklan melalui akhbar.

Tetapi sekarang semua telah berubah. Kalau saya nak iklankan perkhidmatan saya, sudah tentu saya tak menggunakan akhbar. Ada banyak cara lain yang lebih measurable dan cost effective di dalam talian.

Dari segi berita pula orang ramai sudah dibiasakan dengan berita percuma menerusi Internet. Berita yang boleh didapati lebih pantas. Sekarang berita tidak perlu lagi disampaikan menerusi media tradisional. Semua pihak ada page media sosial masing-masing.

Golongan muda lebih cenderung mendapatkan berita dari media sosial. Bergantung kepada produk anda, kadangkala lebih berbaloi untuk menyebarkan siaran ‘akhbar’ mengenai produk atau syarikat menerusi influencer daripada menerusi media tradisional.  Siaran akhbar sudah jadi siaran sosial.

Walaupun media berita akan terus wujud dalam talian, media cetak akan menghadapi risiko penyusutan. alau saya sendiri, anak wartawan, telah menghentikan langganan media cetak, bagaimana pula dengan orang lain, terutamanya generasi baharu?

Dunia semakin berubah, dan kita juga perlu menyesuaikan diri. Tiada gunanya melawan arus perubahan.

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *