Year: 2020

Penyenaraian MR.DIY: Kenaikan Harga Masa Depan Bergantung Kepada Kejayaan Pelan Pertumbuhan Syarikat

Ada dua jenis kejayaan bagi sesuatu IPO atau tawaran penyenaraian awam syarikat. Pertama kejayaan syarikat mengumpulkan seberapa banyak modal daripada penyenaraian, dengan kata lain mendapatkan harga tertinggi yang sanggup dibeli pelabur. Kedua ialah kejayaan pemegang saham untuk meraih untung selepas membeli saham pada harga IPO. Penyenaraian MR DIY baru-baru ini

Pemulihan Ekonomi Mungkin Mendatar Atau Terjejas Sedikit Pada Suku Keempat 2020

Walaupun perangkaan ekonomi terbaharu menunjukkan bahawa pemulihan sedang berlaku, namun penularan terkini Covid-19, tamatnya tempoh moratorium, serta kadar pengangguran Ogos menunjukkan bahawa kita akan mengalami situasi mendatar atau penyusutan kecil pada suku keempat, bergantung kepada berapa lama dan meluas PKPB dilaksanakan. Berikut adalah data ekonomi terkini daripada Jabatan Perangkaan (semua

Air Asia X Laksana Pengurangan Modal dan Minta Pengampunan Hutang

Dalam satu research report mengenai Air Asia X oleh MIDF Research, penulis laporan menyatakan bahawa “AAX is at its existential crossroad”. Tinggi bahasanya. Terjemahan Melayu mudah: “AAX mungkin gulung tikar.” Pada 25 April 2020, saya ada menulis satu artikel apabila saham AAX masih berharga¬† 12 atau 13 sen dan sedang

Mengapa Kita Tak Boleh Lockdown Seluruh Negara Seperti Awal Tahun

Menurut satu artikel di The Edge baru-baru ini, seramai 500,000 orang telah memohon bantuan pembayaran balik pinjaman bersasar selepas moratorium berakhir dan 98% telah diluluskan. Angka tersebut lebih rendah daripada yang dijangka tetapi masih amat tinggi dan menunjukkan berapa ramai orang yang menghadapi masalah kewangan akibat krisis Covid-19. Ini merupakan

Perdebatan Tentang Nilai Saham Syarikat Sarung Tangan

Terdapat perdebatan menarik tentang nilai saham syarikat-syarikat sarung tangan Malaysia yang telah melonjak naik seiring dengan keuntungan luar biasa yang dicatatkan.  Di satu pihak ialah penganalisis yang berkata syarikat patut dinilai berasaskan normal profits selepas pandemik dan bukannya berasaskan supernormal profits (untung luar biasa). Di pihak lain pula ialah pengurusan

Pasaran Dua Darjat, Berapa Lama Ia Akan Berterusan?

Pandemik Covid-19 telah menimbulkan pasaran dua darjat di mana segelintir syarikat mendapat manfaat amat besar (atau supernormal profits) manakala banyak syarikat lain mengalami masalah besar (cth syarikat penerbangan, pelancongan, minyak & gas dll). Daripada syarikat teknologi dan berkaitan penjagaan kesihatan di Amerika, kepada syarikat sarung tangan di Malaysia, inilah kumpulan

InNature Pertahankan Untung Dalam Suasana Runcit Mencabar

Sektor peruncitan fizikal mengalami kemelesetan lebih 30% pada suku kedua 2020 akibat PKP bagi menghadapi Covid-19, tetapi satu syarikat yang telah berjaya mempertahankan keuntungan ialah InNature, pemilik francais Natura dan Body Shop bagi Malaysia, Vietnam dan Kemboja. Dengan 108 gedung runcit yang tidak dapat beroperasi di Malaysia dan Vietnam sepanjang

Parlimen Naikkan Had Hutang Malaysia Kepada 60%

Untuk membiayai rangsangan ekonomi dan perbelanjaan yang ditanggung akibat Covid-19, Parlimen Malaysia telah menaikkan had hutang negara kepada 60% daripada KDNK pada Isnin lepas. Suka atau tidak, kenaikan ini perlu dibuat pada masa ini untuk menyokong ekonomi dan mengurangkan kesan pandemik terhadap rakyat dan perniagaan. Walaupun dikatakan langkah sementara, tetapi

Indeks Pelopor Bulan Jun Meningkat 4.5%

Menurut Jabatan Perangkaan, Indeks Pelopor Malaysia meningkat 4.5% (lihat grafik) pada bulan Jun secara tahunan dan naik 3.7% secara bulanan berbanding bulan Mei lepas. Indeks Pelopor atau Leading Indicator ialah indeks yang mengukur hala tuju ekonomi Malaysia pada masa depan, dan ia jelas meramalkan pemulihan ekonomi pada separuh kedua, sekiranya