Sukar Meramalkan Ekonomi 2020

Semua pelabur, tak kira pelabur saham, bon, hartanah dan aset lain pasti mahukan jawapan kepada soalan berikut? Ke manakah hala tuju ekonomi, politik dan pelaburan kita pada 2020? Peristiwa beberapa hari lepas yang membangkitkan persengketaan antara AS – Iran menunjukkan bahawa tahun 2020 adalah antara yang paling sukar diramalkan. Uncertainty atau ketidakpastian wujud di peringkat global dan situasi tempatan juga tidak menentu.

Antara faktor yang mencetus ketidakpastian global:

  1. Kepimpinan Donald Trump. Satu tweet boleh mencetus konflik.
  2. Pilihanraya Presiden AS pada hujung tahun ini.
  3. Konflik berbilang pihak di Timur Tengah
  4. China dan segala yang positif dan negatif tentangnya.
  5. Deglobalisasi, perang dagangan, dan populisme di serata dunia.

Antara faktor yang mencetus ketidakpastian tempatan:

  1. Bilakah peralihan kuasa akan diumumkan, dan sama ada ia akan berlaku atau tidak?
  2. Krisis di dalam PKR
  3. Adakah PH akan kekal dalam bentuk semasa atau pilihan raya awal akan diadakan?
  4. Segala bentuk polemik dan pertikaian di dalam negara
  5. Prestasi syarikat-syarikat di Bursa Malaysia dan pasaran hartanah negara.

Apa yang pasti ialah volatility. Ini tidak semestinya bermakna pasaran pelaburan akan turun atau naik. Cuma sukar untuk meramalkan bila ia turun atau bila ia naik.

Menurut pakar ekonomi Mohd El-Erian, kalau di alaf baru kita mengalami arus globalisasi, sekarang ini kita melalui fasa deglobalisasi, dan syarikat-syarikat dan negara-negara perlu menyesuaikan diri dalam suasana perdagangan dan geopolitik baharu ini yang tidak bebas seperti dahulu.

Saya ada menulis dua artikel pada bulan September dan Oktober lepas yang memberikan ringkasan pandangan pakar-pakar ekonomi terkenal dan pentingnya emas sebagai lindung nilai dan langkah Bank Pusat kembali menyuntik wang dalam ekonomi.

Anda boleh baca kembali dan melihat sama ada mana-mana daripada ramalan yang terkandung dalam artikel tersebut kini mula menjadi kenyataan.

____________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *