Aeon – Potensi Muncul Sebagai Survivor Dalam Kemelesetan Runcit

Kebelakangan ini kita sering mendengar tentang retail apocalypse atau kehancuran runcit yang membelenggu industri peruncitan fizikal. Banyak syarikat runcit, terutamanya hypermarket dan pasar raya format besar lama, mengalami masalah akibat kemunculan dan ledakan e-dagang.

Tetapi bukan semua orang mahu beli online. Dalam apa jua keadaan pun pasti ada segmen pengguna yang mahu membeli belah secara fizikal. Apabila kemelesetan runcit telah selesai dan beberapa pesaing mengecilkan operasi atau gulung tikar, syarikat yang survive pasti mempunyai pelang lebih cerah.

Salah satu daripada yang nampak mampu bertahan ialah Aeon Co. Syarikat ini bukan setakat Department Store, tetapi juga mempunyai pasaraya besar Aeon Big, Pasar Raya Max Value, Farmasi Wellness, Kedai Daiso dan juga operasi pengurusan operasi pusat beli-belah.

Tidak dinafikan AEON juga menghadapi masalah penguncupan industri runcit. Untung sesaham telah menyusut separuh, daripada lebih 15 sen kepada kurang 8 sen sesaham dalam tempoh lima tahun lepas.

Dalam tempoh yang sama, harga saham pula telah turun daripada lebih RM3.30 kepada hanya RM1.35 baru-baru ini. Jika kita lihat graf lima tahun lepas pun kita mendapat gambaran sebuah syarikat yang makin lama makin teruk.

Laman web Bursa Malaysia

Siapa yang beli pada 2014 / 2015 dan terus pegang telah rugi besar. Tetapi bagaimana pula dengan potensinya sekarang. Adakah harga cukup murah untuk dibeli?

Prestasi untung 2019 dijangka mendatar, manakala tahun 2020 ini, industri runcit sekali lagi menghadapi kesukaran. Tetapi Aeon masih mencatatkan untung. Nilai aset bersih semakin meningkat. Aliran tunai operasi positif.

Satu lagi perkara ialah ekonomi tidak akan lemah selama-lamanya. Kita akan kembali berkembang dengan kukuh dan perbelanjaan pengguna akan  meningkat satu hari nanti.

Syarikat yang dapat mengambil kesempatan ialah yang survive dan mengukuhkan operasi dalam keadaan sukar. Nampak seperti Aeon mampu menjadi syarikat tersebut.

Cuma jangan mengharapkan pemulihan terlalu cepat kerana tahun ini dijangka masih sukar.  Tetapi berasaskan harganya, valuation mungkin sudah sampai ke tahap yang berpatutan.

Mungkin saham ini tidak akan kembali ke zaman gemilang satu masa dulu tetapi ada potensi prestasi meningkat dalam jangka sederhana jika syarikat dapat sekurang-kurangnya mengekalkan untung pada tahun ini dan kembali berkembang tahun depan..

Nota:

1. Risiko kepada pemulihan ialah jika berlaku kemelesetan ekonomi ketara atau kelembapan ekonomi yang terus berpanjangan.

2. Saya mungkin memiliki atau mempunyai hasrat membeli saham-saham yang saya bincangkan dalam blog / FB.

3. Ini bukan cadangan beli atau jual tetapi hanya perbincangan umum mengenai saham sahaja.

___________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *