Kejatuhan Pantas Syarikat Takaful Paparkan Risiko Pelaburan Saham

Pada minggu lepas harga saham Syarikat Takaful Malaysia (STM) jatuh daripada RM5.70 kepada RM5.11 kerana pengumuman RHB Islamic Bank untuk menamatkan perjanjian bancatakaful dengan STM pada 31 Julai.  Ini jelas menunjukkan risiko pelaburan saham kerana peristiwa yang tidak boleh diramalkan sama ada menerusi analisis fundamental atau pun teknikal.

RHB akan menjemput bida baru daripada semua syarikat dan STM boleh menyertai bida tersebut. Jika gagal Maybank Research berkata kesan kepada untung bersih STM ialah 12%. Seperti yang dijangka harga saham jatuh hampir 60 sen,, iaitu lebih kurang sama dengan peratus anggaran kejatuhan untung bersih. Walaupun begitu harga telah recover kembali sedikit semalam.

Laman web Bursa Malaysia

STM rata-rata ialah syarikat berkualiti dan mencatatkan keuntungan kukuh.  Jadi dalam jangka panjang saya rasa ia boleh pulih daripada kesan tindakan RHB ini.

Saya tidak nampak ada penganalisis yang telah meramalkan terlebih dahulu pengumuman tersebut. Di samping itu berasaskan carta nampak seperti tiada indikator teknikal yang meramalkan kejatuhan yang sama.

Ini adalah salah satu risiko pelaburan saham yang tidak boleh dielakkan. Tetapi jika saham tersebut berkualiti, ia pasti akan dapat recover. Cuma timeline untuk anda meraih untung mungkin lebih panjang.

Bagaimana untuk mengelakkan atau mengurangkan kesannya?

Bagi pelabur jangka panjang, dengan mempelbagaikan saham atau mempelbagaikan aset.

Bagi pelabur jangka pendek risikonya lebih tinggi sedikit. Lazimnya satu langkah untuk mengehadkan kerugian ialah dengan meletakkan stop loss.

Tetapi seperti yang dilihat dalam kes STM, kejatuhan harga begitu pantas mungkin tiada masa untuk execute strategi tersebut, menyebabkan kerugian yang lebih besar daripada peratus yang anda tetapkan menerusi stop loss.

Macam main bola, kadangkala main bagus pun boleh kalah (mungkin kecuali Liverpool).  Cuma tugas kita ialah memastikan lebih banyak menang daripada kalah.

_____________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *