Month: February 2020

Malaysia Hadapi Risiko Pertumbuhan Ekonomi Negatif

Berasaskan pemerhatian saya, Malaysia kemungkinan besar akan mengalami pertumbuhan ekonomi negatif pada suku pertama 2020. Definisi kemelesetan ialah pertumbuhan suku tahunan (quarter on quarter) bagi dua suku tahun berturut-turut.  Jadi untuk mengelakkan kemelesetan rasmi, mungkin tindakan segera perlu diambil untuk menampung kesannya pada suku kedua tahun. Ada yang menganggap kemelut

Pasaran AS Melonjak Ke Tahap Tertinggi Walaupun Dengan Coronavirus

Dunia sedang dibelenggu kesan Covid-19 tetapi pasaran saham AS terus melonjak ke tahap rekod dengan bursa NASDAQ bagi saham-saham teknologi sekali lagi mencecah paras tertinggi, manakala S&P 500 dan Dow Jones hampir mencapai paras rekod. Adakah pasaran AS mempunyai imunisasi terhadap virus, terutamanya di bawah kepimpinan Trump? Saya tak tahu.

Mark-Up Runcit Yang Terlalu Tinggi Mungkin Lenyap

Hari ini kita alih tumpuan daripada suasana negatif koronavirus dan ekonomi kepada sesuatu yang berbeza, iaitu perubahan tabiat perbelanjaan pengguna, atau lebih khusus lagi tabiat perbelanjaan saya. Tiga minggu lepas saya membuat keputusan untuk mencari buku bertajuk Crushing It! oleh Cary Vaynerchuk. Kedai pertama yang saya singgah ialah MPH Bangsar

Ekonomi Malaysia Catat Pertumbuhan Lemah 3.6%

Bank Negara (BNM) telah mengumumkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku keempat 2019 hanyalah 3.6% (S4 2019: 4.7%). Angka ini adalah di bawah ramalan purata 4.1% oleh penganalisis.  Manakala pertumbuhan ekonomi untuk seluruh tahun 2019 ialah 4.3% (2020: 4.7%), yang terendah sejak 2009. Menurut BNM, salah satu sebab utama kepada

Sukar Menandingi China Dalam Bidang Pembuatan

Hari ini saya terbaca artikel dalam akhbar The Star mengenai satu syarikat di China yang telah membuka kilang yang boleh menghasilkan 10 juta topeng muka sebulan dalam masa hanya seminggu. Mereka memang sudah ada mesin pembuatan, tetapi telah mendapat semua kelulusan dan lokasi yang dicari dan memulakan pengeluaran dalam masa