Sukar Menandingi China Dalam Bidang Pembuatan

Hari ini saya terbaca artikel dalam akhbar The Star mengenai satu syarikat di China yang telah membuka kilang yang boleh menghasilkan 10 juta topeng muka sebulan dalam masa hanya seminggu. Mereka memang sudah ada mesin pembuatan, tetapi telah mendapat semua kelulusan dan lokasi yang dicari dan memulakan pengeluaran dalam masa hanya seminggu.

Inilah kapasiti pengeluaran di China yang sukar kita tandingi. Memandangkan terdapat keperluan mendesak untuk topeng muka, satu kumpulan WeChat telah dibuka melibatkan 13 jabatan Kerajaan di lokasi terbabit untuk menyelaraskan proses pembukaan kilang tersebut.

Begitulah betapa pantas kerja boleh disempurnakan di sana, dan nasib baik yang dikeluarkan bukan sarung tangan (di mana Malaysia ada kepentingan besar) tetapi topeng muka. Cuba bayangkan dengan kapasiti baharu ini, serta mungkin peningkatan kapasiti pembuatan lain, apa yang akan berlaku bila wabak reda. Adakah terdapat kemungkinan lebihan kapasiti yang menyebabkan persaingan sengit?

Bukan itu sahaja contoh kecekapan negara tersebut.  Kita dapat lihat hospital sementara pun boleh dibangunkan dalam masa seminggu. Manakala mesin pengimbas CT Scan telah dibina dalam tiga hari, yang lazimnya mengambil masa tiga minggu.

Jelas bahawa kepantasan ini didorong oleh krisis.  Tetapi ia juga menunjukkan dalam dunia sekarang ini agak sukar bagi pengeluar Malaysia bersaing dengan China terutamanya dalam produk-produk yang tidak memerlukan faktor pembeza atau sebarang bentuk kreativiti.

Malah kalau melibatkan teknologi pun kita kemungkinan kalah. Justeru mungkin kita perlu mencari bidang-bidang di mana kita mempunyai kelebihan kompetitif.

Apa pun, apabila melabur dalam saham, kemudahan pesaing memasuki pasaran merupakan satu kriteria penting. Jika terlalu mudah untuk syarikat lain memasuki pasaran dan tiada faktor pembeza, syarikat yang sedia ada akan menghadapi persaingan yang amat sengit.

Artikel tersebut boleh dibaca di sini

_____________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *