Ekonomi Malaysia Catat Pertumbuhan Lemah 3.6%

Bank Negara (BNM) telah mengumumkan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia pada suku keempat 2019 hanyalah 3.6% (S4 2019: 4.7%). Angka ini adalah di bawah ramalan purata 4.1% oleh penganalisis.  Manakala pertumbuhan ekonomi untuk seluruh tahun 2019 ialah 4.3% (2020: 4.7%), yang terendah sejak 2009.

Menurut BNM, salah satu sebab utama kepada pertumbuhan lebih rendah ini ialah kelemahan dalam sektor pembuatan, perlombongan dan pertanian. Malah daripada data berbanding suku tahun lepas, kelemahan dilihat dalam eksport bersih.  Tetapi perbelanjaan pengguna masih kukuh.

Jabatan Perangkaan Malaysia

Saya rasa banyak pihak sudah merasai kelemahan ekonomi ini tanpa perlu data rasmi ini dikeluarkan. Tetapi perkara yang membimbangkan ialah kelemahan ini lebih teruk daripada yang dijangka dan meliputi tempoh sebelum berlaku wabak koronavirus.

Oleh yang demikian, ramalan pertumbuhan lebih 4% bagi Malaysia pada 2020 yang dibuat oleh kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri Kewangan baru-baru ini mungkin agak optimistik melainkan Malaysia dapat rebound dengan kukuh pada dua suku terakhir 2020.

Di samping itu, angka terbaru ini menunjukkan bahawa mungkin terdapat risiko kecil berlaku kemelesetan ekonomi (pertumbuhan ekonomi negatif buat dua suku tahun berturut-turut) 2020, yang sebelum ini tidak wujud tanpa koronavirus. Semuanya bergantung kepada berapa lama wabak akan berlarutan.

Jelas bahawa rangsangan ekonomi perlu dilakukan oleh Kerajaan, dan mereka patut fokus sepenuhnya pada ekonomi pada tahun 2020 dan bukannya permainan kuasa yang berpotensi memburukkan lagi keadaan.

Sumber: Bank Negara Malaysia

____________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

One Reply to “Ekonomi Malaysia Catat Pertumbuhan Lemah 3.6%”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *