Mark-Up Runcit Yang Terlalu Tinggi Mungkin Lenyap

Hari ini kita alih tumpuan daripada suasana negatif koronavirus dan ekonomi kepada sesuatu yang berbeza, iaitu perubahan tabiat perbelanjaan pengguna, atau lebih khusus lagi tabiat perbelanjaan saya.

Tiga minggu lepas saya membuat keputusan untuk mencari buku bertajuk Crushing It! oleh Cary Vaynerchuk.

Kedai pertama yang saya singgah ialah MPH Bangsar Village. Harganya lebih RM140(!) kalau tak silap untuk hardcover. Mahal sangat.

Kemudian minggu seterusnya saya kunjungi kedai buku Popular di Sunway Putra. Kosnya lebih kurang RM90 lebih.

Selepas itu saya semak harga online di Kinokuniya, harganya lebih RM80. Manakala di bookdepository.com kosnya pula harganya RM70 – RM80 bergantung kepada jenis kulit dan juga versi (free shipping).

Akhir sekali saya pergi ke Google Books. Harga untuk versi ebook hanya RM42. Saya terus beli.

Mungkin dari segi sentimental, saya nak buku fizikal. Tetapi perbezaan harga tak mengizinkan.

Lagipun ada beberapa perkara tentang e-book yang boleh kita manfaatkan, contohnya highlight dan unhighlight, merujuk kamus, carian kata dan beberapa lagi ciri.

Paling penting e-book tersebut dibawa ke mana-mana kerana ada dalam telefon. Boleh dibaca bila-bila masa apabila sedang menunggu atau semasa mengayuh basikal di gym.

Penerbit dan penulis masih dapat hasil daripada pembelian saya. Bezanya sekarang Google atau mungkin online marketplace lain yang raih jualan, bukannya peruncit fizikal.

Tetapi satu perkara menarik ialah dalam kunjungan yang sama ke Sunway Putra, saya tak ragu-ragu untuk beli barangan dari Mr DIY. Jumlahnya kosnya puluhan Ringgit juga.

Saya tak tergerak pula nak beli barang Mr DIY online. Mungkin sebab tiada penjimatan yang boleh diberikan.

Ini hanyalah satu kes. Tiada kesimpulan saintifik boleh dibuat.

Mungkin masih ramai orang yang masih beli buku fizikal atau beli barang berkos tinggi dengan melihat dan menyentuh sendiri produk.

Tetapi pasaran sedang berubah dengan ketara. Saya tahu ramai juga yang dah jadi macam saya. Mark-up yang terlalu tinggi berpotensi lenyap.

Mungkin sebab itu industri buku dan penerbit fizikal mengalami masalah. Malah ada banyak sektor runcit fizikal lain yang gawat.

Tetapi di tengah-tengah penguncupan sektor runcit tertentu, ada sektor runcit lain pula yang sedang berkembang pesat, seperti retail convenience.

Jadi bukan semuanya doom and gloom.

Nota: Apa pun diharapkan pembaca jangan pula beli daripada penjual ebook tidak sah di luar sana yang mendigitalkan buku
fizikal tanpa kebenaran.

 

____________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *