Pasaran AS Melonjak Ke Tahap Tertinggi Walaupun Dengan Coronavirus

Dunia sedang dibelenggu kesan Covid-19 tetapi pasaran saham AS terus melonjak ke tahap rekod dengan bursa NASDAQ bagi saham-saham teknologi sekali lagi mencecah paras tertinggi, manakala S&P 500 dan Dow Jones hampir mencapai paras rekod.

Adakah pasaran AS mempunyai imunisasi terhadap virus, terutamanya di bawah kepimpinan Trump? Saya tak tahu.

Tetapi memang tidak dinafikan ekonomi AS ialah antara satu-satunya ekonomi yang mencatatkan prestasi yang baik di dunia sejak beberapa tahun lepas. Tahap pasaran dan ekonomi di sana jauh berbeza daripada di sini.

Cuma penilaian dari harga saham berbanding keuntungan di AS mungkin kini sudah mencapai paras awang-awangan.

Mengapa pasaran AS boleh naik dengan ketara di tengah-tengah pelbagai kebimbangan seperti perang dagangan dan Covid-19. Antara sebab yang mungkin termasuk:

  1. Untung korporat di AS masih tinggi dan belum terjejas.
  2. Ramalan dasar wang lebih longgar lagi akan dilaksanakan kerana Coronavirus
  3. Tiada pilihan lain bagi pelabur global kecuali pasaran AS yang sentiasa naik
  4.  Pelaburan berasaskan indeks yang begitu popular (mungkin sudah terlalu popular)
  5.  Tahap hutang kerajaan dan korporat memacu perbelanjaan
  6.  Euforia

Adakah ini satu bubble? Saya tak tahu. Mana tahu Trump sudah temui satu formula yang boleh menaikkan pasaran secara berterusan.

Mungkin peserta pasaran meramalkan Bank-Bank Pusat akan terus melonggarkan dasar dan menyuntik wang ke dalam sistem, yang lazimnya bukan digunakan untuk pelaburan produktif, tetapi disalurkan ke dalam pasaran saham.

Tetapi apa pun sebabnya, jangan ingat pasaran akan jatuh dengan pantas. Irrational exuberance (keyakinan lampau) boleh berlarutan untuk jangka masa yang lama.

Apa pun saya harap Trump akan menang pilihan raya presiden AS pada hujung 2020.  Jadi kalau pasaran kembali rasional dan jatuh selepas itu, orang akan menyalahkan dia, dan bukan penggantinya. (Melainkan pasaran jatuh dulu dan menyebabkan kekalahan beliau).

Jadi kita tunggu dan lihat sama ada konsep reversion to the mean (kembali kepada pulangan purata) dan kitaran turun naik perniagaan masih wujud atau digantikan dengan kenaikan berterusan yang dipacu oleh Federal Reserve dan Trump.

Apa pun kita boleh renung kata-kata pelabur tersohor John Templeton: ‘Bull markets are born on pessimism, grown on skepticism, mature on optimism and die on euphoria’. (Kenaikan pasaran bermula dengan kebimbangan, berkembang dalam keraguan, matang bersama keyakinan, dan berakhir dalam euforia)

____________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *