BNM Turunkan Kadar OPR Kepada 2.5%

Semalam, BNM membuat keputusan untuk menurunkan kadar OPR sebanyak 0.25% kepada 2.5%.  Saya ada lihat beberapa posting peringatan daripada perancang kewangan agar jangan menggunakan kesempatan ini untuk mengambil pinjaman baharu.

Dari segi financial planning (yang saya juga ada kelayakan tapi bukan practitioner) memang nasihat yang tepat dan bijak.  Tetapi salah satu tujuan untuk mengurangkan kadar ialah untuk merangsang pinjaman baharu.

Pertama sekali kita perlu sedar bahawa kita berada dalam sistem kewangan berasaskan riba.  Jadi saya perlu qualify yang saya apa yang saya terangkan sekarang untuk menyatakan bahawa saya berbicara berasaskan realiti semasa, bukannya berasaskan apa yang paling ideal atau Islamik.

Antara sebab Bank Negara menurunkan kadar ialah:

  1. Mengurangkan bayaran ansuran pinjaman boleh ubah, memberikan wang boleh guna tambahan kepada penghutang yang mengambil pinjaman kadar boleh ubah.
  2. Merangsang pemberian pinjaman baharu.

Dalam sistem kewangan semasa, wang bukan sahaja dicipta oleh Bank Pusat (BNM) tetapi oleh bank-bank komersial. Sebarang pinjaman baharu akan menambah bekalan wang ke dalam sistem dan menggalakkan perbelanjaan, peredaran wang dan aktiviti ekonomi.

Secara ideal, wang pinjaman tersebut patut digunakan untuk kegiatan produktif seperti aktiviti perniagaan yang mencipta nilai ekonomi baharu.  Tetapi walaupun jika digunakan untuk membeli rumah atau melabur di pasaran saham, ia tetap merangsang peredaran wang.

Malah jika dibelanjakan untuk barangan pengguna sekalipun, sesuatu yang paling tidak digalakkan oleh perancang kewangan, ia akan memberi manfaat kepada ekonomi pada waktu ini (walaupun ia mungkin menimbulkan masalah kepada penghutang pada masa depan).

Bagaimanapun hutang kolektif yang bertambah ini, jika tidak ditampung berpotensi menimbulkan isu pula pada masa hadapan. Jadi secara teorinya, Bank Pusat boleh mengurangkan bekalan wang apabila ekonomi sudah pulih, apabila kedudukan kewangan isi rumah dan perniagaan bertambah baik.

Kalau kita betul-betul mahukan sesebuah ekonomi Islam, apa yang patut dilakukan hanyalah rangsangan fiskal.  Malah rangsangan fiskal ini juga hanya boleh dilakukan jika sesebuah negara ada lebihan dana, atau mempunyai lembaran imbangan yang positif.

Tetapi kita tidak hidup dalam situasi ideal. Sistem kewangan kita adalah berasaskan fractional reserve. Itulah realitinya. Jika kita secara tiba-tiba berkata tiada rangsangan patut dibuat sama ada menerusi dasar wang atau dasar fiskal sebab kita tidak mahu menambah hutang negara, boleh saja. Tetapi rakyat perlu bersiap-sedia untuk ‘take the pain’, dalam keadaan yang sudah mendesak.

Secara peribadi, saya lebih suka kepada situasi ideal. Kurangkan hutang, berbelanja secara berhemat, wujudkan lebihan dalam belanjawan negara secepat mungkin. Cuma, jika kita mahu berpindah kepada ideal, lakukannya pada masa ekonomi sedang berkembang pesat, bukannya sekarang.

Nota:

  1. Masalahnya ialah walaupun semasa ekonomi berkembang pesat, sukar untuk mencapai belanjawan seimbang atau menjana lebihan, kerana banyak kepentingan berbeza perlu dipuaskan oleh Kerajaan yang memerintah, tak kira pihak mana.
  2.  Saya hanya menggambarkan keadaan semasa, bukan apa yang betul atau apa yang salah.

________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *