Semalam pasaran saham dunia mengalami kejatuhan ketara, selepas beberapa kejatuhan dan kenaikan yang agak besar sebelum itu. Kali ini ia dicetus oleh kejatuhan harga minyak kerana keengganan Rusia mencapai persetujuan dengan Saudi untuk mengurangkan output bagi menstabilkan harga minyak dunia. Tetapi punca asalnya ialah kejatuhan permintaan akibat wabak Covid-19.
Seperti yang saya terangkan dalam artikel pada 26 Februari, saya ramalkan bahawa ekonomi Malaysia kemungkinan besar akan mencatatkan pertumbuhan negatif pada suku tahun ini akibat kesan ekonomi Covid-19
Situasi pelaburan semasa adalah volatile. Pasaran boleh jatuh besar dan rebound sedikit dengan ketara. Semalam sudah saya mula terima mesej dalam group WhatsApp ‘amaran’ tentang kesukaran ekonomi dan senario doom and gloom yang akan berlaku. Anda akan terima semakin banyak mesej seperti ini dalam tempoh yang mendatang
Tetapi mesej-mesej ‘amaran’ seperti ini ini sudah terlambat bukan? Pasaran sudah merudum baru nak bagi amaran. Apa yang berlaku semalam ialah realisasi bahawa Covid-19 tidak akan diatasi dengan segera..
Ada yang bertanya saya tentang analisis dan pemilihan saham. Pada pendapat saya untuk krisis kali ini, pendekatan analisis berbeza diperlukan sebab puncanya berbeza. Krisis ekonomi kali ini bukan disebabkan oleh kemelut kewangan. Jadi sebarang dasar wang atau fiskal hanya boleh meringankan beban, tetapi tak boleh menyelesaikan keadaan.
Bolehkah kita meramalkan apakah keuntungan syarikat-syarikat dalam watchlist anda untuk tempoh satu atau dua tahun akan datang? Tak mungkin.
Ada dua perkara kita perlu perhatikan. Penularan virus dan balance sheet atau lembaran imbangan syarikat. Pertama sekali, sebab utama aktiviti ekonomi terhenti ialah kerana wabak. Jadi untuk meramalkan turning point kita perlu memantau turning point dalam usaha membasminya.
Kedua apabila memilih saham yang akan berjaya keluar dari krisis ini, saham dengan balance sheet yang kukuh, serta kedudukan tunai yang mantap (dan mungkin yang tidak banyak hutang) akan mampu survive krisis.
Anda akan menerima semakin banyak amaran tentang keadaan ekonomi dan keperluan untuk berjimat cermat dan mesej doom and gloom. Lebih banyak mesej seperti ini, lebih dekat kita kepada turning point.
Perhatikan bahawa kes-kes di China dan Korea sudah dalam trend penurunan. Maksudnya ia boleh diatasi, cuma ia akan menimbulkan kesan ekonomi yang agak ketara.
Kesimpulannya. Apakah yang menyebabkan krisis ekonomi? Covid-19. Jadi buat masa ini, kita perlu belajar sebanyak mungkin tentangnya dan memerhatikan dengan teliti bila berlaku ‘peak virus’ dan pemulihan beransur-ansur yang bakal menyusul selepas itu.
Peluang besar terbuka jika anda sudah mengatur langkah yang betul untuk menghadapi krisis ini.
Berikut adalah beberapa artikel masa lepas saya yang menekankan bahawa ada risiko terhadap ekonomi global, malah sebelum Covid-19 lagi:
Malaysia Hadapi Risiko Pertumbuhan Ekonomi Negatif – 26 Feb 2020
Ekonomi Malaysia Catat Pertumbuhan Lemah 3.6% – 17 Feb 2020
Virus Wuhan Satu Lagi Cabaran Kepada Ekonomi – 29 Jan 2020
Situasi Politik Membelenggu Pasaran Saham – 30 Nov 2019
Emas Dalam Portfolio Sebagai Lindung Nilai – 26 Sept 2019
________________________________
Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:
Author: Razali Razman
Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.