Kadar Kematian Negara Maju Mula Stabil, Tetapi Kesan Ekonomi Amat Mencabar

Semalam kita mula melihat penstabilan kes kematian di negara-negara Eropah. Manakala di Amerika Syarikat mungkin puncaknya minggu ini dan minggu depan. Bermakna kita sudah hampir mencapai peak virus di negara-negara maju. Ini berita baiknya.

Tetapi dunia masih dibelenggu cabaran yang amat besar. Pertama sekali beberapa negara sedang membangun dan kurang maju akan menyusul. India, Indonesia, Ecuador dan seterusnya.

Tetapi yang paling perlu diberi perhatian ialah kita mencapai angka stabil ini dalam keadaan lockdown.

Jadi walaupun di negara-negara maju dan di bahagian tertentu Asia yang lebih ketat peraturannya, tragedi dari segi nyawa manusia akan stabil, kita perlu pula menghadapi kesan ekonomi serius daripada lockdown ini.

Kita tahu bahawa suku kedua akan menghasilkan angka-angka ekonomi yang amat teruk.

Tetapi dengan kestabilan dari segi kematian di negara-negara pemacu ekonomi dunia, persoalan yang timbul ialah bagaimana ekonomi global akan beroperasi selepas itu.

Bagaimana untuk membuka ekonomi tanpa membuka laluan kepada virus?

Berapa cepat dunia dan Malaysia dapat menyelesaikan persoalan ini akan menentukan berapa cepat kita pulih dari segi ekonomi.

Mood semasa sekarang telah bertukar dengan ketara. Mula-mula kita sering dengar ‘macam flu atau denggi je’ tetapi sekarang apa yang sering saya baca ialah ‘bencana yang teramat dahsyat’.

Under reaction diikuti oleh over reaction. Cabaran memang amat besar. Tetapi InsyaAllah kita akan pulih.

Nota: Saya terbaca di CNN bahawa seekor Harimau Malaya di Bronx Zoo, New York, pun sudah terkena Covid-19. Semoga semua penghidap Covid-19, serta ekonomi dunia dan Malaysia cepat sembuh.

_________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *