Orang Kanan Warren Buffett Dakwa Krisis Ini Taufan Paling Besar Pernah Dialami

Berasaskan pemerhatian saya tentang tindakan beberapa pelabur terkenal semasa krisis Covid-19, sebahagian besarnya jatuh dalam tiga kategori, iaitu:

  1. Terperangkap dalam krisis dengan kemerosotan nilai pelaburan
  2. Ada tunai dan sudah membeli kerana harga saham murah
  3. Ada tunai tetapi belum lagi mahu melabur

Salah satu daripada yang berada dalam kategori ketiga ialah Berkshire Hathaway, entiti kawalan Warren Buffett. Naib Pengerusi Berkshire, Charlie Munger, yang merupakan orang kanan Buffett berkata,

“Kami seperti kapten kapal yang menghadapi taufan paling besar dalam sejarah. Kami hanya mahu mengharungi taufan dengan selamat dengan jumlah kecairan (tunai dan setaranya) yang besar.  Kami tidak berkata, ‘Harga sudah jatuh teruk, jom gunakan 100% daripada rizab’ [untuk membeli perniagaan]”

Dipetik daripada artikel Market Watch

Ini agak berbeza dengan pendirian dan tindakan Buffett dan Munger sebelum ini dalam krisis, di mana mereka bersedia untuk membeli apabila terdapat bargain atau jualan murah saham.

Berkshire memegang jumlah tunai yang besar, dan baru-baru ini telah membuat pinjaman untuk menambah lagi tunai mereka kerana kaedah faedah negatif. Maksudnya tiada kos bagi pinjaman ini.

Menurutnya CEO-CEO banyak syarikat terkejut dan tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas dengan keadaan semasa, yang tidak pernah dirancang atau dilihat sebelum ini.

Malah, menurutnya ada beberapa syarikat lebih kecil dalam portfolio Berkshire akan ditutup kerana tidak dapat menghadapi krisis semasa.

Walaupun seluruh dunia mengalami kesan yang amat ketara dari segi kesihatan dan ekonomi akibat krisis ini, tanda-tanda awal menunjukkan Amerika akan mengalami kesan lebih teruk berbanding Malaysia, bukan sahaja dari segi kesihatan, tetapi juga ekonomi.

_________________________________

Tiga E-book Razali Razman. Klik untuk maklumat lanjut:

Unit Amanah

Membina Aset Kejayaan

 

Author: Razali Razman

Razali Razman ialah penulis kewangan, pelabur dan pengasas Rencana Ringgit. Beliau pernah menulis tiga buku dan tiga ebook termasuk 51 Petua Pelaburan Unit Amanah dan Membina Aset Kejayaan, Mencapai Kebebasan Kewangan. Kelayakan: MBA Kewangan (IIUM), Perancang Kewangan Islam (IFP) dan Sarjana Muda Perakaunan (UM). Klik di bawah untuk follow di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *